Saturday, December 13, 2008

Hilangkan keboringan anak2...






Anak-anak abah dan ummi kalau tak keluar satu hari mesti tensen giler. Paling tak pun, abah kena bawak mereka keluar jalan 2 kali seminggu. Dok terperuk kat rumah dengan orang gaji memang membosankan.

Semalam, Jumaat abah kerja separuh hari. Biasanya kalau abah tak ada kerja di pejabat, hari jumaat abah cuti full day. Petang, abah bawak anak2 dan ummi jalan2 dan ronda2 ke Tanjung Aru. Kami beli jagung rebus, keropok dan buah2 kemudian pergi lepak di Pantai Tanjung Aru 3 berdekatan dengan KKIA. Boleh tengok kapal terbang naik turun dan menikmati permandangan laut di saat matahari terbenam. Suasana sungguh indah dengan udara yang nyaman sambil makan keropok dan jagung rebus sungguh menenangkan fikiran.

Bila matahri dah terbenam, kami beransur-ansur pulang. Anak2 seronok sampai tak mahu balik terutama Iman. Nak lepak kat situ sampai ke malam. Nak buat apa tu? Nak skodeng orang berkapel ker..? Hehehehe..

2 comments:

azza_irah said...

indahnya..
suka sgt tengok matahari terbenam..atau memandu waktu subuh n senja..tenang je rasa..

jelikweyh said...

kaki jalan upernyer ...
hiks ...
sama lah dgn parent beta ...
bila beta dh besau2 pjg nih ,
kaki jln gak ...
kadang2 ada yang marah sebab beta seorang perempuan & suka sgt jln2 tambah2 suka sgt jln sensorang ... hohoho