Showing posts with label Cerita Ummi.... Show all posts
Showing posts with label Cerita Ummi.... Show all posts

Saturday, May 30, 2009

Budu oh budu...

Pegi Pasaraya Servey di KK Plaza. Beli barang dapur skit. Pastu cari budu. Mentu nak makan budu.

Kami pun dah lama tak makan budu. Maklumlah.. Bukan senang nak dapat budu di Sabah nih. Kalau ada pun harga dia 2 kali ganda berbanding di Kelantan.

Friday, April 24, 2009

Ummi dah selamat bersalin pada 23/4/2009...

Pagi, aku hantar anak Hani dan Iman ke sekolah. Wife ikut sekali sebab dia nak pergi klinik di Inanam. Ada apoiment ngan doktor katanya. Tapi sejak semalam baby dalam perut asyik dok mengeras jer. Lepas hantar Hani dan Iman, kami terus ke Klinik Ibu Dan Anak di Inanam. Aku dok di kereta dengan Irfan sebab dia tidur.

Dalam 15 minit giti wife call. Dah nak bersalin katanya. Misi periksa, rahim di dah terbukak 7cm. Alamak. Aku masuk hantar pakaian wife dan baby untk standby. Misi kata dia dah call ambulan tapi mereka dah stanby takut tak sempat ambulan sampai. Aku terpaksa tunggu dalam kereta sebab Irfan masih tidur. Takut dia bangun dan buat hal plak. Dalam 15 minit gitu, ambulan sampai. Aku masuk ke klinik semula untuk bantu wife masuk ke ambulan. Lepas tu aku g ambik Syafik di IP. Sampai di Hospital likas dalam kul 11.15am. Terus ke kaunter penilaian bersalin. Mereka kata wife aku dah masuk bilik bersalin. Kami tungu diluar saja. Jam 11.30 am aku g ambil Hani di sekolah dan terus ke Hospital semula. Dalam kul 12tgh, wife call. DAh bersalin dalam kul 11.30am tadi katanya. Alhamdulillah.... Kami dapat baby girl.

Dalam kul 2pm aku mintak masuk nak azankan baby. Tapi baby masih dalam bilik rawatan sebab ada masalah skit. Nafasnya terlalu laju. Dia kena kasi oksigen. Tapi keadaan tak membimbangkan.

Aku keluar dan bawak anak2 balik kerumah. Irfan dan Hani kepenatan menunggu Ummi mereka, terus terlena di ruang tamu. Aku sembahyang Asar, dan keluar semula sebab kat rumah tak ada elektrik. Nak masak nasik tak boleh. Aku pergi ke kedai di IP. Beli sedikit ayam serta ikan dan masak nasik di kedai aku. Lepas tu pergi ambil Iman. Balik rumah, bakar ikan untuk wife. Suruh Syafik mandikan budak2. Nasib baik elektrik dah ada. Aku keluar lagi....

Pergi kedai, ambil nasik yang masak tadi. Suruh PJ tutup kedai awal. Aku terus ke hospital. Aku hantar nasik kat wife. Dia menangis tensen katanya sbb baby tak ada disisi. Aku temteramkan wife. Cakap kat dia aku dah tgk baby. Ok, kataku. Baby sihat cuma ada masalah pernafasan jer. Aku tukar handfone celcom sebab line maxis tak berapa bagus kat dalam bilik bersalin tu. Oh ya, bini aku tak boleh masuk wad lagi sebab wad penuh. Terpaksa tunggu di bilik bersalin. Lepas sapu sedikit minyak panas di belakang wife, aku ke tingkat 5 nak tgk anak aku. Misi kat situ mintak aku hantarkan pampers. Aku azankan anak aku dulu. Kemudian turun ambil pampers di beg bersama wife. Aku minta kebenaran misi nak bawak wife tgk anak. Misi kata ok kalau wife dah tak berasa pening. Aku terus cari kerusi roda dan bagitau wife kalau dia nak tgk baby. Terus dia nak.

Lepas hantar wife ke wad semula, aku balik rumah. Bagi anak2 makan nasi dah suruh mereka tido. Aku ? Letih woi.... Tapi sebenarnya keletihan itu hilan bile tgk wife dah selamat bersalin dan tgk muka zuriat aku yang ke-4 nih. Hmmmm... Ada iras2 Iman, anak aku yang ke-2 tuh...

Tuesday, February 10, 2009

Anak-anak semua deman selsema...

Minggu lepas, semua anak2 kena demam selsema... Umi dan abah pun kena gak tapi tak teruk sangat. Anak2 sampai muntah-muntah. Mula2 Ifan muntah2. Lepas tu Iman. Last sekali Hani. Umi plak sampai tak keluar suara. Abah tak teruk sangat. Perit dalam tekak dan hidung berair jer.

Sekarang ni dah ok tapi masih ada selsema sikit2. Anak2 pun macam tak ada mood sekarang. Tak selincah dahulu. Irfan plak asyik dok merengek jer... Asyik nak dukung....

Abah pulak seakarang ni sibuk sangat di kedai... Orang gaji tak plak seakrang nih. Susah tul. Pagi2 abah kena jaga Irfan. Ptg baru boleh g kedai...

Thursday, December 4, 2008

Kebosanan d klinik

2 hb lepas, umi ngan abah g klinik coz ummi x sihat. Macam nak demam. Yang geramnya menunggu bukan main lama. Ada ke patut sorang patient dptkan rawatan sampai 1 jam. Entah apa yang dibelek tah. Tambah geram lg bila kena giliran ummi, dia cakap tunggu d luar skejap ya. Berapa lama lg nak tunggu? Ni la klinik kerajaan, klu org sakit teruk, mati dulu baru nak dirawat. Geram betul. Kepada petugas di klikik2 kerajaan diharapkan lebih peka dengan piagam yang dibentuk. Jangan marah arr..

Tuesday, November 25, 2008

Blog Ummi "Cikgu Noor At SEMI" sudah dilancarkan...

Akhirnya blog khas untuk Ummi sudah siap dan telah dilancarkan. Alamat blog tersebut ialah http://cikgunooratsemi.blogspot.com Sila klik gambar dibawah untuk besarkan imej. Semoga dengan adanya blog ini, anak2 murid ummi senang untuk berhubung dengan ummi dan meluahkan pendapat atau bertanyakan segala masalah tentang pelajaran dan


Wednesday, November 12, 2008

Ummi dah lulus test....

Alhamdulillah.... Taniah dari abah...

Ummi dah lulus dengan jayanya test kereta ngan JPJ. Abah g ambik ummi tengahari, ummi nak nangis terharu sebab dia lulus test naik bukit, parking dan test jalan raya. Ummi takut tak lulus sebab orang yang sebelum Ummi tu ramai yang kantoi. Pastu Pegawai JPJ yang buat etst tu garang2 plak tuh. Sombong semacam plak. Cam bagus....

Seronok betul Ummi. Malam, abah rancang nak bawak Ummi dah anak2 keluar makan untuk meraikan Ummi. Tapi hujan lebat pulak. Takpe la... Abah masak untuk Ummi. Abah buat bihun goreng je lah. Bihun goreng special untuk Ummi...

Monday, October 27, 2008

OGAWA Mobile Seat Massage Cushion untuk ummi

The OGAWA Mobile Seat Massage Cushion is a miracle of modern science. Combining proven massage techniques with the mastery of modern technology, the OGAWA Mobile Seat Massage Cushion will help you recover from fatigue, improve blood circulation; stimulate your body's nerve system and much, much more. It’s perfect for any chair surface!

APPLICABLE GROUPS

  • Persons' who have strained nerves, headaches or insomnia due to an overworked brain.
  • Patients suffering from myopia (true myopia, pseudo myopia, and hybridism myopia), hyperopia and astigmatism.

BENEFITS

  • Prevents or restrains myopia from getting worse.
  • Relieves eye and brain fatigue.
  • Restrains neurasthenia, helps improve sleep quality.

FEATURES

  • Back Cushion
  • Moveable Rollers
  • Seat Cushion
  • Remote Control
  • Vibration Motor

Using the OGAWA Mobile Seat Massage Cushion

  • Connect seat cushion power cord with back cushion power cord.
  • Connect the other power cord on the back cushion to the adapter.
  • Connect the adapter to an electrical outlet and press the power button.
  • Please refer to control panel operating instructions while in use.
  • The massage unit can be used on the office chair or car chair. Connect igniter with power plug in the car.
  • Press the power button once more and unplug from socket after terminating massage.

Note: The Massaging Cushion can be attached to any chair. Fasten it by using the straps provided. Just slip the straps over the seat or chair and adjust the fastening straps to secure the appliance. Your massager will not slip or slide away.

Semalam abah g Karamunsing ngan Jimmy. Beli barang-barang komputer skit. Beli CD dan DVD gak. Stok dah kekurangan di kedai kami. Kat ruang legar tu ada promosi barangan Ogawa. Sekali tengok OGAWA Mobile Seat Massage Cushion tu ok gak. Ummi selalu ngadu sakit belakang. Abah plak selalu tak ada kat rumah. Bila balik rumah, dah letih dan mengantuk. Nak urut ummi pun jadi malas. So, abah belikanlah OGAWA Mobile Seat Massage Cushion ni hadiah untuk ummi...

Tuesday, September 23, 2008

Happy Birthday To Ummi....

Hari jadi ummi yang ke 32 tahun. Selamat hari jadi semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang comel2 dan sihat walafiat... "Cahaya mata"? Ehem...ehem....

Majlis sambutan harijadi ummi abah adakan di kedai selepas berbuka puasa. Sambut dengan staf2 abah jer. Ummi dapat hadiah yang paling bermakna dari abah tahun ni tapi hadiah tu kena tunggu 9 bulan lagi la baru dapat tgk....

Sunday, September 7, 2008

Ummi belajar kereta

Lepas ambik ummi di sekolah, kami ke Karamunsing. Abah nak beli beberapa CD/DVD software. Lepas tu kami ke Indah Permai. Singgah di Alam Mesra depan One Borneo sekejap. Ummi nak belajar kereta. Kat area sana tu tak busy dan kawasan dia luas. Roundabout dia pun besar. Ummi dok pusing raoundabout tu la 2/3 kali tawaf. Hahahaha... Lepas tu g belajar parking jap. Nak tgk ummi bawak kereta? Tu video dia kat bawah tu... Syabas kepada ummi kerena dah boleh drive... Tapi parking tu blom boleh lagi...


Thursday, August 21, 2008

Aduss...Exam lagi...

Ummi exam PTK plak ari ni...Targetnya bior le dapat 4..Paper umum dah 4, tinggal yang khusus ni je. Dah 2 kali amik asyik dapat 3 je. Camana nak dapat 4 nya, study pun tdk. Tapi..manalah tahu, ada keajaiban. he he ..ok la, nak g exam dulu, mau jam 11 sudah ni..jom bang..doakan ummi ya.

Tuesday, August 19, 2008

hooray..ummi lulus test memandu

Yesss....ummi dah lulus test..boleh buat kenduri kesyukuran la ni. bah..malam ni kita g McD ya. meraikan kejayaan ummi. ha ha macam la ujian besar..biasanya tiap kali nak exam mesti kecut perut..ni xpun . mcm nak g tandas je..he he..anyway alhamdulillah, ummi dah lepas.boleh masuk bengkel cepat2.nak blajar mandu plak.dulu sempat blaja 2 jam je. pastu 'terpregnant'plak. Terpaksa stop dulu.Last2 lesen expired gtu je.KAli ni apa2 hal pun ummi nekad, kena dapatkan gak lesen. By hook or by crook, umi mesti ada lesen..x le menyusahkan abah je slalu..anyway tq sayang coz memahami ummi..i luv u honey..mmuah..

Ummi pergi test lesen L

Kota Kinabalu, 19 Ogos - Ummi pergi test lesen L di Pusat Memandu Jeselton (PMJ) di Kota Kinabalu. Dulu dah buat lesen L tapi dah tamat tempoh. Terpaksa ambil balik sekali lagi. Semoga ummi lulus dengan cemerlang.

Dulu ambil test secara manual jer. Sekarang nih test berkomputer. Boleh tahu keputusan dengan segera dan boleh ambil test sekali lagi jika gagal dengan segera juga. Harapnya ummi ambil test sekali jer dan terus lulus. Lepas ni dah boleh belajar memandu.