Thursday, January 8, 2009

Soalan untuk Iman dan Hani...

Hani dan Iman dah pergi sekolah. Sekolah la tu konon... Hehehehe... Seronk mereka ke sekolah.. Awal pagi dah bangun dengan semangatnya tapi bila kena air sejuk time mandi, semua menjerit....

Ni citer balik sekolah la.. Abah suka bertanya kat mereka ni apa yang mereka buat di sekolah masa on da way balik dalam kereta.


Tanya Hani :
Abah : Kakak buat apa kat sekolah?
Hani : Main.
Abah : Kakak main apa?
Hani : Main-main...
Abah : ????!!!...
-------------------------------------------------
Abah : Cikgu kakak ada bagi makan?
Hani : Ada.
Abah : Makan apa?
Hani : Ayam dengan lada.
Abah : Hah...?


Tanya Iman :
Abah : Iman buat apa kat sekolah?
Iman : Main.
Abah : Iman main apa?
Iman : Mainan...
Abah : ????!!!...
-------------------------------------------------
Abah : Cikgu ada ajar lukis?
Iman : Ada. Lukis rumah...
Abah : Pandai Iman... Besar ke rumah Iman?
Iman : Besar !!!
Abah : Besar mana?
Iman : Kecil...
Abah : ????!!!!...
-------------------------------------------------
Abah : Man, apa nama cikgu Iman?
Iman : Teacher..
Abah : Ya la abah tahu... Apa nama nama teacher Iman..?
Iman : Cikgu la...
Abah : Adush...!!!! poning...

Saturday, January 3, 2009

Cerita anak-anakku yang melepaskan gian mereka...










Semalam, 2 Januari 2009. Petang, kami bawak anak2 pergi jalan d pantai Tangjung Aru 3. Dari lepas jumaat lagi si Hani dok bertanya abah bila nak gi jalan. Abah cakap tunggu petang sikit la.

Abah singgah di Pantai Tanjung Aru 1 untuk beli makanan skit. umi kepingin nak makan jagung rebus. Asyik mengidam nak makan jagung rebus jer. Abah plak nak makan keropok lekor. Air? Ala... ummi lupa nak bawak air teh. Selalunya ummi buat bekal air teh suam. Tak per lah... Beli air meneral ja....

Dah sampai pantai, apa lagi... Abah tak benarkan mereka ni mandi sebab banyak obor2 dan ombak kuat. Sekali tu, anak2 dok berkubang pasir. Nasib baik belakang kereta ada air yang abah sediakan. Boleh la buat siran mereka nih. Nanti balik rumah mandi semula....




















Kami balik dekat jam 6.00ptg. Sebelum jalan, kena pastikanmereka ni 'diikat' kat belakang tu. Kan kena saman plak kan... Sekarang orang pakikan tali pinggang keledar dibelakang bukan untuk keselamatan tapi sebab takut kena saman... Hehehehehehe...