Showing posts with label Cerita Abah.... Show all posts
Showing posts with label Cerita Abah.... Show all posts

Friday, August 5, 2011

Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan semua..... Aku busy memanjang jer.... Nak hapdet blog aku pun cam tak sempat... Banyak hal yg perlu diuruskan.... Apapun, bulan ramadhan ni aku slow skit.... Banyak tumpukan kepada ibadah.. InsyaAllah....

Saturday, May 30, 2009

Huda 36 hari...

Huda dan masuk hari ke 36 hari nih. Dah makin tembam dah. Seronok peluk dia. Esok nak buat majlis cukur rambut Huda. Ingat nak buat hari ahad lepas tapi tak jadi sebab ada hal.

Gambar tu ambik masa Huda dok atas riba nenek dia. Siang selalu tido. Time dia bangun ler boleh ambik dia buka mata. Kalau tak, tutup mata, tido jer...

Tuesday, February 10, 2009

Anak-anak semua deman selsema...

Minggu lepas, semua anak2 kena demam selsema... Umi dan abah pun kena gak tapi tak teruk sangat. Anak2 sampai muntah-muntah. Mula2 Ifan muntah2. Lepas tu Iman. Last sekali Hani. Umi plak sampai tak keluar suara. Abah tak teruk sangat. Perit dalam tekak dan hidung berair jer.

Sekarang ni dah ok tapi masih ada selsema sikit2. Anak2 pun macam tak ada mood sekarang. Tak selincah dahulu. Irfan plak asyik dok merengek jer... Asyik nak dukung....

Abah pulak seakarang ni sibuk sangat di kedai... Orang gaji tak plak seakrang nih. Susah tul. Pagi2 abah kena jaga Irfan. Ptg baru boleh g kedai...

Friday, November 21, 2008

Abah busy la minggu nih...

Abah nak mintak maff dengan ummi dah anak-anak sebab abah busy sangat minggu nih... Cian ummi dan anak2 sebab asyik dok melepak kat rumah jer. Orang lain, bila cuti sekolah dapat pergi melancong atau g jalan2. Tapi ummi ngan anak2 dok kat rumah jer. Anak2 pulak nakal bukanmain. Pening ummi dibuatnya... Sabarlah sayang... Anak2 tu kan anugerah dari Allah... Tanpa anak2, siapa lah nak doakan kita di akhirat nanti.

Nanti bila dah selesai projek abah di UiTM nanti abah bawak g jalan-jalan. Dah lama kita tak g makan angin. Dulu setiap hari jumaat kita keluar setiap petang pergi pantai, pergi taman tak pun ronda2 saja dengan kereta. Sekarang ni nak ronda2 pun tak ada masalah sebab harga minyak dah turun. yang jadi masalah sekarang ni ialah hujan tak menentu. Itu yang membantutkan program yang di rancangkan. Nak buat camana.... Berserah pada Allah saja la sayang....

Luv U,
Abah.

Thursday, November 13, 2008

Argh.... Kerja...kerja.... Abah keletihan......

Siang kerja... malam pun kerja.... tengah malam...? Nak tido pun terganggu sebab anak2 tido lewat. Dah siangnya anak2 tido. Tapi kalau mereka bermain pun, malam tido lewat juga. Tak tahu la tenaga dari mana mereka dapat.

Nak balik kerja semalam, ummi SMS. Iman demam. Balik kerja, abah belikan ubat demam dan selsema. Sampai dirumah abah kasi ubat demam kat Iman. 15 minit dah rasa ok, Iman dah mula bangun bermain dengan Hani dan Irfan. Bising lagi....

Diner..? Abah makan nasi sikit jer. Abah nak kuruskan badan skit. Banyak makan sayuran dan buah-buahan.

Pukul 3 pagi, Ummi kejutkan abah. Iman nak makan ubat. Demam lagi katanya. Ummi tensen sebab tak boleh tido nyenyak. Imam asyik dok meragam. Irfan pun sama. Lepas abah bagi ubat demam, baru Iman boleh tido.

Abah..? Nak tido tapi fikiran masih memikirkan pasal kerja. Macamana nak tingkatkan prestasi dan keuntungan. Bagaimana nak arrange staff minggu depan sebab kerja servis komputer di UiTM akan dimulakan minggu depan. Abah nak pergi sendiri atau staff sahaja yang pergi. Abah dok opis jer ? Sempat ker habiskan servis 200 biji komputer dalam masa seminggu..? Argh....

Ummi...? Memahami masalah abah. Sentiasa memberikan galakan dan sokongan... Luv u sayang...

Err..... nak makan apa malan nih..? Lapor la...

Sunday, November 9, 2008

Abah balik keja awal kul 5.00pm sebab ummi ada Annual Diner sekolah dia. Abah kena jaga anak2 sebab ummi pergi ngan kawan2 guru dia. Abah malas nak ikut sebab tak berapa ngam ngan cikgu2 laki sekolah tu. Semuanya poyo... Boring plak tuh...

Ummi turun lepas magrib. Abah layan channel ceria di Astro ngan anak2. Kami tgk rancangan Tom-Tom Bak, Ultraman, Digimon, dan sampai la malam tu kami layan rancangan sehati berdansa. Sambil tu abah goreng nugget ayam bersayur. Best gak... Ummi ada buat bubur kacang campur labu ngan durian. Anak2 makan banyak sekali... Habis licin..... Lepas tu masuk tido... Tapi bukan boleh tido ngan budak2 ni kalau ummi blom balik. Irfan dah nak tido. Mengantuk dah... Abah buat susu dia sampai 4 botol dia isap tapi blom nak tido2 lagi sebab tak dapat "neneng" ummi. Abah masukkan dia dalam buai. Baru dia nak tido, ummi sampai. Bangun semua balik.... Hmmmm....

Ummi dapat hadiah cabutan bertuah... Menda yang ummi tak nak tapi tu yang dia dapat... Abah gelak besar.... Tapi tak per la.. ok gak. Boleh buat raya nanti...

Hahaha... bekas container untuk panas dan sejuk... Kami dah ada 2 biji... Ni dapat satu lagi....

Sunday, October 26, 2008

Kereta ku rosak lagi...

4/5 hari lepas, bila aku bawak keta lebih 6/7 kilometer, mesta rasa berat semacam. Aku ingat dia nyer bearing rosak lagi. Tapi baru tukar yang baru. Dah g check kelamari tak ada masalah kata mekanik tuh. Aklu tak puas hati, g check sekali lagi. Rupa2nya brek tayar depan sebelah kanan dah jem. Keta ni macam tau2 jer aku baru dapat duit banyak. Dia mula la nak perabih kan duit aku tuh. Tanya mekanik tu berapa caj servis dan baiki brek tuh. Dia kata overhaul semua 4-4 brek tu dalam RM180. OK! Kasik bagus semuanyer.... Aku tengah kaya nih.... Hahahaha...




Saturday, October 25, 2008

"Abah... Jom la shopping...














Pagi-pagi lagi anakku Hani dah ajak pergi shopping. Memang dari semalam lagi aku janji dengan dia nak g shopping. Beli barang2 dapur. Dah habis dah. Dah 2 malam kami makan lauk sardin jer. Sibuk sangat sampai tak sempat nak beli barang2 dapur.

Balik lepas Jumaat, aku tido dulu. Letih. Bini pun dok landing dalam bilik. Keletihan baru balik dari sekolah. Lepas magrib baru kami keluar. Nak kemana tu? Kami cari tempat yang boleh makan dan beli belah. Hhhmmm... KK City Mall dekat jalan Lintas? Ok... Kat sana ada Pasaraya Giant. Abah pecut kereta tapi lepas tu rasa berat semacam... Meragam plak ke kereta nih... Esok je la gi servis... Malam ni kami nak shopping dulu.....

Kami pergi shopping perabihkan duit dulu... Anak-anak aku ni pantang nampak benda2 yang mereka suka... Semua disambar. So, untuk mengelakkannya aku tak lalu la kawasan2 yang dianggap "merbahaya" tu.

Lepas shopping, kami pergi makan dekat Pizza.... Anak aku nak jer.... Wife pun sama... Ada anak murid wife kerja kat situ. Kami order sup 5 mangkuk jer tapi dia kasik sampai 8 mangkuk... Anak-anak suka makan sup kat pizza nih. Tengah sedap dok makan, Hani termuntah plak. Dia demam. Adik2 dia pun cam nak demam gak. Kamai tak habiskan pizza tu. Tapau jer. On da way balik, singgah kat poliklinik di Inanam untuk beli ubat demam dan selsema anak-anak.


Friday, October 24, 2008

Apa cerita ? Cerita apa ?

Actually abah tak tahu apa nak tulis ni. Tapi cam banyak sangat menda yang nak di tulis dan diceritakan tapi tak tahu yang mana satu. Tengah mencari idea nak menulis... Kalau taka a idea, abah uploadkan gambar2 famili jer kat sini... Hahahaha...

Semalam bukak Kelantan Blogger. Tahu blog tersebut melalui blog KBGuy. Ok gak ler... Boleh tahu ramai blogger dari Kelantan dan boleh ramaikan kenalan...

Saturday, September 13, 2008

Cerita abah dan pensil...

Abah dan ummi datang dari keluarga yang miskin tapi bukanlah miskin sampai kami kena minta sedekah. Tapi kira masa abah kecik dulu tu, famili abah kira cukup makan je la. Boleh sekolah jugaklah.

Baha nak cerita ni pasal abah dan pensil. Waktu abah dirumah, sedang menunggu masa nak berbuka, Hani suka menunjukkan apa yang dia tulis dan lukis pada buka dan juga dinding rumah. Macam-macam dilukisnya. Abah ketawa saja melihat lukisannya yang kira ok jugalah bagi budak2 berumur 4 tahun nih. Kalau menulis pun, ok jugalah walaupun kekadan tah apa2 ayat yang dia tulis dan kekadang tu jugak, cam tulisan Rusia la plak. "Tebalik kuang" orang kelantan cakap. Hani ni tak lekang ngan pensil dia. Ari tu abah dah bawak balik sekotak pensil 2B. Sebelum ni pun dah berkotak pensil kaler yang abah belikan tapi hilang tak kemana diletak atau dibuangnya. Anak2 abah sekarang ni, bila nak sesuatu selalunya akan dapat terus atau tunggu 2/3 hari baru abah beli. Tapi abah dulu, sukar.

Teringat abah masa dulu, masa abah sekoah rendah. Suatu hari tu abah dok mengemas rumah, abah jumpa la pensil 2B kontot. Seronok abah masa tu sebab abah tak ada pensel. Nak mintak duit beli pensil baru takut mak tak bagi. Bukan tak nak mintak tapi selalunya bila mintak duit tu, susah sangat mak nak bagi. Nanti takut disalah gunakan plak.

So, abah gunalah pensel kontot yang abah jumpa tu. Walaupun kontot, abah suka menulis pakai pensel tu sebab tulisan jadi terang dan jelas. Sekali tu, masa abah dok menulis datang la cikgu. Dia tengok abah menulis pakai pensel kotot tu. Cikgu tu terus ambil dah buang pensel tu. Dia kata tak sesuai pakai pensel kontot tu. Dia suruh pakai pensel lain yang lebih panjang. Bertapa sedih abah masa tu. Dah la diketawakan oleh kawan2. Dalam hati, takper, takper. Abah takkan maafkan cikgu tu. Sampai hati dia buat abah cam tu. Sepatutnya dia tanya kenapa abah pakai pensel kontot. Takpun belikanlah abah pensel yg baru sebab abah tak ada duit nak beli pesel baru.

Apapun abah maafkan cikgu tu. Cikgu tu pun dah meninggal dunia 2/3 tahun lepas sebab kena kanser. Semoga Allah ampunkan dia.

Berita gembira ke tak gembira ni..?

Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Berita ni gembira ke tak gembira..? Pertamanya setelah tahu, pastinya ummi tak gembira. Bukan tak mahu tapi buat masa ni ummi kata blom sedia. Tapi Allah itu maha kaya dan maha mengetahui. Abah terima saja ketentuan daripadaNya.

Dah 2/3 hari tahu pasal ni tapi ni baru abah masukkan disini. Umi pun dah ok nampaknya. Kena terima kanyataan bahawasanya setiap perkara yang belaku itu ada hikmahnya. Walaupun kita kata tak nak lagi tapi Allah dah nak bagi kat kita, kita kena terima saja. Kena bersyukur kepadaNya sebab masih ramai orang yang nak tapi belom lagi dikurniakan olehNya.

Apa berita tu? Cuba teka?

Sunday, August 10, 2008

Batuk lagi...

Batuk abah blom reda2 lagi. Malam semalam tak boleh nak tido sebab asyik dok terbatuk-batuk jer. Iman dan Irfan dah ok dah. Abah je yg belom ok. Ummi pun dah ok. Kalau batuk biasa tak apa. Ini batuk sampai rasa nak muntah sebab rasa geli sangat dalam tekak. Macam ada sesuatu yang dok menggeletek dalam tekak. Adoi.....

Tak tahan sangat dok terbatuk - batuk, abah bangun cari ubat batuk. Mana plak ummi simpan nih. Puas abah cari tapi tak jumpa. Ubat batuk Bracol untuk budak2 yang abah baru beli ada la. Hentam sajalah. Abah minum 2 sudu besar. Lepas tu rasa ok skit. Terus boleh tido dengan aman.