Saturday, August 30, 2008

Bajet 2009 - Apa kelebihan dan kekurangannya..?

Semalan Bajet 2009 dah dibentangkan oleh PM. Abah dan ummi tak dapat menontong pebentangan tersebut kerana siaran astro tak dapat disebabkan hujan lebat. Abah bukak intenet je malan tadi untuk tgk apa citer best bajet 2009 nih. Perkara pertama yang ummi nak tahu ialah bonus tahunan jer. Ada ke tidak. Yang paling best bagi kami dalam bajet tersebut ialah ;

Kakitangan kerajaan

bullet buttonBayaran bonus sebulan gaji bagi 2008 atau minimum RM1,000 dalam dua bayaran pada September dan Disember ini.

bullet buttonKemudahan tambang pergi-balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak ditambah daripada sekali bagi setiap dua tahun, kepada setiap tahun mulai 1 Januari 2009.

Dapat duit raya la tu. Selalunya kami dapat balik kampung free 2 tahun sekali. Lepas ni kami dapat balik naik katebang free setiap tahun la...

Dan antara yang tak bestnya ;

Kecuali bil elektrik RM20

bullet buttonIsi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu menbayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Oktober 2008 sehingga akhir 2009.

Bil letrik kami manalah bawah RM20.... Sesapa yang tak pakai TV, peti ais, mesin basuh, rice cooker, dan hanya pakai lampu jer boleh la dapat letrik free. Apo punya bajet da....

Cuti-cuti abah...

Cuti? Pagi-pagi lagi abah dah g opis. Lepas hantar ummi g sekoilah, abah balik baiki paip di bilik air jap. Lepas tu abah g kerja. Ingat nak g umah Pak Muda nak berurut. Pak Muda cakap nanti malam lepas Isyak sebab siang dia ada hal.

Ramau jugai orang datang print dan nak servis komputer. Baha bukak kedai sampai jam 11.45am jer. Lepas tu balik umah nak sembahyang Jumaat. Lepas jumaat, g ambik ummi di sekolah. Kami pergi makan dan nak g bank nak bayar keta. Singgah di Restoran Juara, makan nasi ayam. Depan kedai tu ada kaunter untuk semak bayara bil parking. Ramai orang dok semak bill parking mereka. Abah pun g semak sekali. Adush... ada bil parking yang tak bayar. Kena caj sampai RM200++ tapi sekarang ada pengampunan. Diskaun sampai 95%. Abah kena bayar RM28.42 jer. Abah tgk2 gak orang punya. Ada yang sampai RM10,000++. Fuyooo... tu dari tahun nerapa tak bayar tuh...? Dah diskaun pun kena bayar sampai RM2000++. Dah selesai babtu kami g EON Bank. Abah bayar keta dan masukkan duit syarikat. PJ nak bukak akaun baru di EON Bank. Abah ngan ummi lepas tu g KFC sebab perut ummi memulas. Kami tunggu PJ di sana.

Petang, hujan lebat turun. Kami lepa2 kat rumah jer. Kalau tak hujan, ingat nak bawak anak2 g taman. Lepak2 ngan anak2 la. Nak tgk TV tapi hujan lebat sampai siaran astro pun tak dapat. No signal da....

Malam, g umah Pak Muda ngan PJ. Kami nak berurut. Balik jam 11.30 malam. Ummi dan anak2 dah tido.

Thursday, August 28, 2008

ESOK ABAH CUTI...

Jumaat, hari cuti Warisan2u...Hari yang memang anak2 tunggu2. Apa taknya kalau cuti biasanya boleh g pantai ke, taman ke..X le keboringan d rumah. Nasib baik abah memahami. Kalau harapkan umi , setakat g taman kat perumahan ni bleh le. Lebih dari tu, kena tunggu abah je la.
Esok nak g mana yer? Harapnyer esok x ujan, kalau x, bosannya dok umah je. Mudah2an x ujan mcam ari ni n smalam.

Monday, August 25, 2008

Sekolah dah start balik....

Hari ni hari pertama persekolahan selepas cuti 1 minggu. Ummi pun dah start memulakan mood baru persekolahan. Actually dia tak ada mood. Mood bangun tido lewat masih melekat lagi. Hahahha... Abah pun dah terikut-ikut bangun lewat. Selalunya lepas subuh kami sambung tido kalau anak2 tak kacau.

Pagi ni, cam biasa la abah akan hantar ummi g sekolah dan abah akan terus ke tempat kerja ngan Pok Jue. Kami lepak2 dalam kedai atau surf tenet atau sambung kerja yang tak sempat disiapkan semalam. Tapi selalunya abah akan bukak akhbar online dan baca cerita2 sensasi. Lepas tu bukak blog dan update apa yang patut seperti blog ni la.

Berbalik kepada persekolahan nih, masa nak g hantar ummi ke sekolah tadi, dapat tgk la ragam bebudak g sekolah. Ada yang laju jer jalan dan ada yang cam malas je nak g sekolah dan ada juga yang dah sampai pintu pagar sekolah tapi pusing balik. Nak ponteng la tuh... Dulu selalau gak nampak budak ponteng dan panjat pagar sekolah sebab kedai abah depan sekolah jer. Apa nak jadi ngan bebudak tu tak tahu la...

Saturday, August 23, 2008

Mandi laut lagi...


KK, Jumaat - Kami pergi mandi laut lagi. Sebelum tu, lepas Jumaat, kawan kami Azwani datang rumah bawak bini dia. Mereka bari nikah bulan lepas. Bini dia mengajar di Lambang, Serawak.

Lepas Jumaat hujan lebat. Ingat dah tak boleh keluar g pantai. Dalam jam 4.00ptg gitu, hujan dah berhenti. Anak2 pun dok bising nak keluar. Abah nak mandi pantai hari nih. Minggu lepas tal boleh mandi sebab luba bawak persalinan. Kali ni abah nak mandi puas2.

Gambar? Ops..lupa bawak kamera la plak. Tapi tak per. Pakai HP ummi je lah....

Thursday, August 21, 2008

Aduss...Exam lagi...

Ummi exam PTK plak ari ni...Targetnya bior le dapat 4..Paper umum dah 4, tinggal yang khusus ni je. Dah 2 kali amik asyik dapat 3 je. Camana nak dapat 4 nya, study pun tdk. Tapi..manalah tahu, ada keajaiban. he he ..ok la, nak g exam dulu, mau jam 11 sudah ni..jom bang..doakan ummi ya.

Tuesday, August 19, 2008

hooray..ummi lulus test memandu

Yesss....ummi dah lulus test..boleh buat kenduri kesyukuran la ni. bah..malam ni kita g McD ya. meraikan kejayaan ummi. ha ha macam la ujian besar..biasanya tiap kali nak exam mesti kecut perut..ni xpun . mcm nak g tandas je..he he..anyway alhamdulillah, ummi dah lepas.boleh masuk bengkel cepat2.nak blajar mandu plak.dulu sempat blaja 2 jam je. pastu 'terpregnant'plak. Terpaksa stop dulu.Last2 lesen expired gtu je.KAli ni apa2 hal pun ummi nekad, kena dapatkan gak lesen. By hook or by crook, umi mesti ada lesen..x le menyusahkan abah je slalu..anyway tq sayang coz memahami ummi..i luv u honey..mmuah..

Ummi pergi test lesen L

Kota Kinabalu, 19 Ogos - Ummi pergi test lesen L di Pusat Memandu Jeselton (PMJ) di Kota Kinabalu. Dulu dah buat lesen L tapi dah tamat tempoh. Terpaksa ambil balik sekali lagi. Semoga ummi lulus dengan cemerlang.

Dulu ambil test secara manual jer. Sekarang nih test berkomputer. Boleh tahu keputusan dengan segera dan boleh ambil test sekali lagi jika gagal dengan segera juga. Harapnya ummi ambil test sekali jer dan terus lulus. Lepas ni dah boleh belajar memandu.

Saturday, August 16, 2008

Gambar kami beriadah di Pantai Tanjung Aru 3

Pagi, hantar Ummi gi Maktab Gaya sebab ada Kursus Juruacara. Abah ngan PJ g SAR Sembulan. Nak setting printer dan komputer disana. Lepas selesai keja di SAR, abah g tunggu ummi depan Maktab Gaya sebab ummi cakap dia abih kursus dalam jam 11.30am.

renyai2.Janji ngan anak2 nak g pantai hari ni. Ingat dah tak jadi sebab lepas Jumaat tu cuaca redup dah hujan Lepas asar, cuaca ok balik. Anak2 dah bising nak kluar g pantai. Sampai pantai, sonok betul budak2 nih. Tak ramai orang hari ni. PJ nak mandi. Abah tak mandi sebab ummi tak bawak sluar persalinan abah. Abah pun lupa nak bgtau. Tgk anak2 mandi pun dah cukup. Sronok betul mereka. Lepas mandi, kami makan kuih dan bertolak balik lepas tgk matahari terbenam. Cantik suasana dia.

Video bawa anak-anak beriadah di Pantai Tanjung Aru 3





Gambar video tak brapa clear. Malkumlah, camera murah....

Wednesday, August 13, 2008

Hani, Baby Fotogenik Anakku 2004 , Wiser, Center Point.



Masa abah lepas sembahyang magrib tadi, abah ternampak beberapa keping cd berselerak kat rak barang2 di bilik sembahyang kat "opis" abah. Ada la satu mini cd tu. Dah nampak buruk sangat. Dah bercalar dah. Apa menda dalam cd nih? Abah pun turun bawah dan tgk apa isi dia. Ada 3 fail video dalam tu. Bila bukat video yang pertama, rupa2nya video Hani menang pertandingan Baby Fotogenik masa dia umor 9 bulan dulu, kalau tak silap la. Masa tu tahun 2004. Ada disini rupanya video nih. Ingat hilang kemana la video tu. So, abah abadikanlah kat blog ni untuk tatapan semua.

Video kedua tu video Hani ngan abah dirumah dan yang ketiga tu video masa raya korban 2004. Abah uploadkan video Hani menang pertangdingan baby fotogenik je la kat sini.

Bawak anak-anak jalan2 di Karamunsing.

Tengahari semalam abah kluar g ambik ummi di sekolah. Singgah kat rumah ambik anak2 dan solat zuhur dahulu. Anak2 dah dok menanti abah sebab abah dah call cik Midah ( maid ) awal2 suruh dia siapkan budak2 tu sebab abah nak bawak mereka keluar.

Seronok betul mereka ni bila dapat keluar. Abah g keramunsing sebab ada kerja skit. Sambil2 tu bawak anak2 g jalan2 dan main2 kat playground di Karamunsing. Irfan sekarang ni dah pandai ajak abah keluar. Bila abah balik jer terus nak dukung. Bila abah dukung dia, terus tunjuk kat pintu. Tu tanda dia nak ajak keluar la tuh. Irfan baru boleh jalan 2/3 langkah jer. Nanti lepas ni bila dah boleh jalan, jenuh abah dan ummi kejar dia. Nakal jugak budak nih. Yang pentingnya dia ni so cute bila bergambar. Bila naik kereta, dia suka dok depan ngan abah. Apalagi, nak pulas stereng la tuh. Kecik2 pun dah pandai nak bawak keta.

Iman dan Hani biasala, dok "bergaduh" kat belakang. Time baik, oklah. Tapi kalau berebut barang mainan, tuhan saja yang tahu. Kalau tak salah sorang menangis, dua2 nangis. Adik ngan kakak kan. Cam tu ler.

Gambar2 ni abah ambik masa kami dok tunggu ummi depan pasaraya Daily Superstore dengan ngan rumah kami. Masa di Karamunsing lupa plak nak ambik gambor. Ummi g beli barang2 untuk dinner malam nanti.

Ummi sebenarnya sakit gigi. Kelmarin dah g klinik gigi di likas. Sekali klinik tak ada karan la plak. G ambik ubat penahan sakit jer. Cian ummi. Tapi ni dah ok skit. Kalau sakit lagi, kena g cabut la tuh.

To ummi,

Bersabarlah sayang yer. Nanti abah kasik ubat baik punya. Nak abah cabut? Nanti abah bawak balik spanar ngan playar. Ops.... gurau jer sayang.... Jangan mare.... Luv U So Much.... Muuuuaaaaahhhhhhh.......


Tuesday, August 12, 2008

Bukak akaun bank untuk anak2...

Pergi EON Bank untuk bukak akaun bank bagi anak2. Dah lama dah nak bukak tapi sibuk. Hani dan Iman dah ada akun di Ambank. Ni nak bukan di EON Bank plak. Bukak akaun Smart Junior untuk Hani RM1000, Iman RM1000 dan Irfan RM700. Nak masukkan RM1000 gak untuk Irfan tapi dah terpakai duit tu. Nanti ganti balik la. Akaun Smart Junior ni bagus sebab interest dia tinggi. NAnti lepas ni boleh masukkan skit2 la kedalam akaun anak2 nih. Untuk masa depan mereka gak.

Sunday, August 10, 2008

Batuk lagi...

Batuk abah blom reda2 lagi. Malam semalam tak boleh nak tido sebab asyik dok terbatuk-batuk jer. Iman dan Irfan dah ok dah. Abah je yg belom ok. Ummi pun dah ok. Kalau batuk biasa tak apa. Ini batuk sampai rasa nak muntah sebab rasa geli sangat dalam tekak. Macam ada sesuatu yang dok menggeletek dalam tekak. Adoi.....

Tak tahan sangat dok terbatuk - batuk, abah bangun cari ubat batuk. Mana plak ummi simpan nih. Puas abah cari tapi tak jumpa. Ubat batuk Bracol untuk budak2 yang abah baru beli ada la. Hentam sajalah. Abah minum 2 sudu besar. Lepas tu rasa ok skit. Terus boleh tido dengan aman.

Saturday, August 9, 2008

Iman dan Hani - My sweet child...

Kenangan pada tarikh 08-08-08, di Kompleks Sukan Likas, KK, Sabah. Dua beradik ni kekadang cam belangkas. Tapi kalau bergaduh, habis la. Tumbuk sana - sini. Kalau bermain pun mesti berdua. Tapi kekadang Hani suka tinggalkan Iman bila jumpa kawan dia.

Iman ni jenis yang lembut skit. Dia nak anak ummi. sume menda nak ngan ummi. Suka kawan gan budak2 pompuan. Cam bapak dia gak. Marah skit mula la menangis. Dah bapak dia plak suker kacau. Dah tahu anak dia cam tu, lagi dia suka kacau.

Hani plak anak abah. Abah jaga dari dari umur dia 40 hari. Jalan sana-sini ngan abah. G baiki komputer ngan abah. Masa kecik dulu abah taruk dia dalam bakul bila kuar g mana2. Dah boleh jalan, bawak ngan ngan keta sorong dia. Sekarang nih adik dia, Irfan plak yg guna keta sorong tuh. Dah 3 generasi abah yang pakai keta sorong tuh.

Apapun, mereka ni anak abah n ummi yang cute. We love u sayang....

Dinner dengan kawan lama, Kak Ruzana.

Semalam kluar makan di Anjung Selera ngan famili dan kawan lama Ummi, kak Ruzana Tukimin. Dia datang Sabah sebab ada seminar. Dulu dok mengajar di Sabah gak pastu di bertukar ke semenanjung. Dah lima tahun kami tak jumpa dia, baru sekarang dapat jumpa balik. Masa memula jumpa dulu dia ambik abah di airport masa memula abah sampai di Sabah. Dia datang sini ari tu abah g ambik dia plak. Tidur rumah kami semalaman. Dia datang ngan kawan dia, Nazura. Banyak le bercerita ngan Kak Ruzana nih. Orangnya happy g0-lucky. Masih single...

Thursday, August 7, 2008

Batuk dan selsema...

Pagi-pagi kagi dah g klinik hantar Iman. Abah bawak Iman g klinik Dr. Husien di Inanam. Ummi masuk sekolah lewat la ari nih. Dr. dah bagi MC kat ummi tapi dia nak g skolah gak sebab banyak kerja nak disiapkan.

Iman tak boleh tido semalam sebab asyik dok batuk jer. Pernafasan pun tersekat-sekat. Abah kasi minum ubat batuk ok la skit. Iman ngan Hani ni suka makan eskrim. Tu yang susah tuh. Bukan nak dengan cakap abah ngan ummi. Dr. bagu tau tadi pun Iman mungkin nak kena ampus (lelah). Tapi masih ok.

Irfan pun batuk2 gak. Tapi tak cam Iman. Abah pun sama. Kekadang tu batuk sampai rasa nak muntah. Rasa geli dalam tekak. Masuk kerja lewat la ari nih. Kul 10 baru sampai kedai lepas antar ummi ke sekolah.

Monday, August 4, 2008

Gelagat Iman

Anak jantan paling nakal nih.... Irfan pun dah mula ikut abang dia nih...

Sunday, August 3, 2008

video
Ni sambutan birthday abah yang ke-32 pada 30 Mac lepas. Sesaja nak taruk nih. Ummi buat puding karamel. Best... Sedap.... Tapi tukang yang habiskannya ialah Iman da Hani la. Tgk la si Iman tu. Tak sabar-sabar tunggu abah potong puding tuh.

Saturday, August 2, 2008

Pergi taman dan makan pizza....

Ni la Kompleks Sukan Likas. Lajunyer korang jalan... Tungu abah....


Iman nak bergambar dulu... Tu nak posing nak berak ke apa...?

Hani nak main buai.... Mana abah nak suruh tolak nih...?

Dah abih buat 4 pusingan keliling tasik, lepak ngan anak2 dan ummi jap. Letih wo.... NI baru jalan-jalan jer. Belom berlari lagi tuh. Ingat minggu depan nak berlari plak.

Makan, makan... Abah nak ambik gambar dulu. Pok Jue dok kato apo. Sedak do hirup sup. Mana pizza nih. Blom sampai lagi.

Irfan hirup sup dengan ummi. Bukan nak dok diam si Irfan nih. Pantang ada barang dengan ngan dia. Semua nak disambarnya.

Iman dan Hani sedang menikmati sup cendawan. Sedapnyer....

Hari Jumaat abah kerja separuh hari jer. Balik untuk sembahyang jumaat jam 11.30am. Terus ke Masjid Bandaraya. Lapas sembahyang g ambik ummi di sekolah. Lepas tu keluar makan di Likas. Balik rumah tido. Suruh anak-anak tido gak sebab petang nanti nak g ke taman dekat Kompleks Sukan Likas.

Kami turun ke taman dekat jam 5.00ptg. Abah nak jogging dan jalan2 pusing tasik dengan Pok Jue. Minggu lepas buat 2 pusingan jer. Kali ni nak buat 4 pusingan. Biar banyak skit peluh keluar. Kasi pecah lemak tu. Perut pun dah makin bulat ngalahkan orang mengandung. Hahahaha...

Malam, lepas isyak kami gi makan penjahat. Makan penjahat? Iman la sebut penjahat tuh. Orang cakap nak makan Pizza Hut. Hahahaha....