Showing posts with label Jalan2 Dan Makan2.... Show all posts
Showing posts with label Jalan2 Dan Makan2.... Show all posts

Saturday, January 3, 2009

Cerita anak-anakku yang melepaskan gian mereka...










Semalam, 2 Januari 2009. Petang, kami bawak anak2 pergi jalan d pantai Tangjung Aru 3. Dari lepas jumaat lagi si Hani dok bertanya abah bila nak gi jalan. Abah cakap tunggu petang sikit la.

Abah singgah di Pantai Tanjung Aru 1 untuk beli makanan skit. umi kepingin nak makan jagung rebus. Asyik mengidam nak makan jagung rebus jer. Abah plak nak makan keropok lekor. Air? Ala... ummi lupa nak bawak air teh. Selalunya ummi buat bekal air teh suam. Tak per lah... Beli air meneral ja....

Dah sampai pantai, apa lagi... Abah tak benarkan mereka ni mandi sebab banyak obor2 dan ombak kuat. Sekali tu, anak2 dok berkubang pasir. Nasib baik belakang kereta ada air yang abah sediakan. Boleh la buat siran mereka nih. Nanti balik rumah mandi semula....




















Kami balik dekat jam 6.00ptg. Sebelum jalan, kena pastikanmereka ni 'diikat' kat belakang tu. Kan kena saman plak kan... Sekarang orang pakikan tali pinggang keledar dibelakang bukan untuk keselamatan tapi sebab takut kena saman... Hehehehehehe...

Tuesday, December 30, 2008

Abah buat pohpia saleri ber"cheese"...











Abah suka masak. Kali ni abah buat pohpia berintikan saleri ber"cheese". Ummi suka sangat.

Tak banyak abah buat. Cukup sekadar melepaskan gian nak masak jer. Dah lama abah tak masak. Arwah ayah abah pandai buat mee. Abah tgk anak abah, Iman pun suka masuk dapur tgk abah dan ummi masak. Tapi Iman masih kecil. Nanti la besar skit, abah ajar masak. Abah suka gak tgk Astro Asia Food Channel. Suka tgk rancangan Chef At Home. Nanti lepas ni abah nak cuba buat pai epal plak...

Thursday, December 25, 2008

Abah mengidam Mc-D....










Dah 3/4 hari abah mengidam mak makan prosperity burger. Isnin, 22hb lepas baru dapat melepaskan perasaan mengidam tu di Mc-D di Jalan Sulaman. Seronoknyer tak terhingga....

Anak2 lagi seronok sebab dapat bermain di Mc-D. Mereka bukan nak makan sangat pun. Ummi makan cheese burger je ngan bubur ayam. Irfan kasik bubur jer.. Dia bukan boleh dok diam... Abang dan kaka dia dok bermain, dia pun nak main gak ler...

Saturday, December 13, 2008

Hilangkan keboringan anak2...






Anak-anak abah dan ummi kalau tak keluar satu hari mesti tensen giler. Paling tak pun, abah kena bawak mereka keluar jalan 2 kali seminggu. Dok terperuk kat rumah dengan orang gaji memang membosankan.

Semalam, Jumaat abah kerja separuh hari. Biasanya kalau abah tak ada kerja di pejabat, hari jumaat abah cuti full day. Petang, abah bawak anak2 dan ummi jalan2 dan ronda2 ke Tanjung Aru. Kami beli jagung rebus, keropok dan buah2 kemudian pergi lepak di Pantai Tanjung Aru 3 berdekatan dengan KKIA. Boleh tengok kapal terbang naik turun dan menikmati permandangan laut di saat matahari terbenam. Suasana sungguh indah dengan udara yang nyaman sambil makan keropok dan jagung rebus sungguh menenangkan fikiran.

Bila matahri dah terbenam, kami beransur-ansur pulang. Anak2 seronok sampai tak mahu balik terutama Iman. Nak lepak kat situ sampai ke malam. Nak buat apa tu? Nak skodeng orang berkapel ker..? Hehehehe..

Saturday, November 29, 2008

Happy 6th Anniversary untuk abah dan ummi...








Selamat Ulangtahun ke-6 untuk abah dan ummi semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....

28 November 2008 merupakan ulangtahu ke-6 perkahwinan Noor dan Sham. Dah 6 tahun kahwin dan dikurniakn 3 orang cahayamata yang comel2 dan cute2. Abah dan ummi sambut ulang tahun ke-6 ini dengan bercuti satu hari ke Kundasang, Sabah. Kami jalan2 di Kinabalu Park dan Pekan Kundasang sambil menghirup udara gunung yang segar. Kami berehat seketika di Kinabalu Roser Cabin. Ingat nak bermalam tapi kami tak bawak pakaian persalinan. Cukup la sekadar bersiar-siar dan dan berdating berdua tanpa diganggu anak2 dan kesibukan kota. Suasana yang sejuk tidak menghalang kehangatan cinta abah dan ummi.

Macam biasa, kalau dah ke Kundasang ni tak sah kalau tak membeli sedikit sayur-sayuran untuk dibawa pulang. Malam, kami keluar makan bersama anak2 di Anjung Senja. Kemudian lepak2 di Taman Awam Teluk Likas yang baru dibuka. Seronok tengok anak2 berlari-lari keriangan sampai tak mau balik walaupun hari sudah menghampiri tengah malam....

Sunday, November 16, 2008

WanTan Ho......!!!



















Wan Tan Ho - See Food... Kegemaran kami sekeluarga... Sedap... Kami selalu makan di satu gerai di Anjung Senja dekat Teluk Likas. Sebab siangnya abah tak dapat bawak anak2 dan waife keluar jalan2, abah bawak mereka g makan kat luar.... Seronok betul tengok mereka ni makan walau mulut mereka habis comot.... budak2 katakan...

Saturday, November 1, 2008

Akuarium Dan Spegetti....?

Untuk tidak menghampakan anak-anak dan ummi, lepas Jumaat abah bawak mereka melawat Akuarium & Muzium Marin di UMS. 2/3 hari sebelum tu dah tak jadi sebab kami terlewat. Kali ni, tgk ikan tu puas-puas. Syok tgk ikan besar-besar dalam akuarium tuh. Macam-macam ikan laut ada. Ikan kerapu, ikan putih, ikan buntal dll. yang kelakarnya, seorang student tgk ikan kerapu tapi dia cakap anak ikan paus. Hahahaha....

Anak-anak seronok la dapat jalan-jalan. Lepas tu kami pergi makan di Mc-D di Jalan Sulaman. Seronok lagi anak-anak sebab dah lama mereka tak pergi Mc-D. Kalau dulu, tiap-tiap minggu kami ke Mc-D.



































Malam, ummi tanya nak makan apa? Hmmm.... Ummi kata tak larat nak masak. Tapi dia teringin nak makan spegetti sebab tak puas makan di Kenny Rogers semalam. Oklah... "Pok Jue...!!! Tugas anda untuk keluar beli daging cincang..." Abah nak masak speggeti special untuk ummi.... Sekali lepas masak tu, ummi makan sampai 2 pingan. Ni makan ko apo nih? Biasolah tuh... Orang mengidam memang cam nih... Apapun abah puas....

P/s : Kak Azza... Sham pun pandai masak tau... Jangan jeles...


Thursday, October 30, 2008

Ronda-ronda di 1 Borneo Hypermall









































Selasa, 28 Okt. 2008 lepas kamiplan nak pergi tengok ikan kat Akuaria Di UMS tapi tak kesampaian. Bila kami sampai jer, dah tutup. Untuk tidak menghampakan anak-anak, abah bawak mereka jalan-jalan ke 1 Borneo Hypermall. Mereka belom pernah masuk sini lagi. Abah tahu kat dalam tu ada tempat permainan. Kami jalan-jalan ke Boo Boo Land. Seronok mereka main kat sana. Masa tu bebudak tak ramai. So tak sibuk sangat la. Boleh mereka main puas-puas. Yang tak syoknyer, Irfan tak berapa sihat tapi nak main gak. Irfan demam. Semalam dah ok tapi bila keluar, panas plak badan dia. Asyik nak nangis jer. Pastu nak suruh abah dukung jer. Selalunya kalau bawak dia keluar, bukan boleh pegang. Lari sana-sini ikut kakak dan abang dia.