Showing posts with label Cerita Anak-Anak.... Show all posts
Showing posts with label Cerita Anak-Anak.... Show all posts

Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Tahun ni cam biasa la, kami sekeluarga berpuasa di perantauan dan beraya juga. Yang best ialah kami tambah sorang ahli keluarga. Bukan anak aku tapi anak sedara daaa.. Dia tinggal dengan aku. So, raya pun ngan aku la....

Tahun ni ajar anak perempuan aku yg sulung tu berpuasa. Hari pertama sampai hari ke-3 dia puasa. Hari ke-4 dan 5 tak puasa. Tak larat sangat katanya. Bibir dia pun kering sebab kurang minum air masak. Esok, insyaAllah aku nak dia sambung puasa balik.

Monday, July 25, 2011

Hani demam lagi...

Nur HAni demam lagi. Cian. Dari hari Khamis lepas dia cuti tak ke sekolah. Demam dan selsema. Semalam mulut dia dan pecah2. Malam tadi abah bawak g klinik jumpa doktor. Doktor bagi cuti 2 hari. Harapnya hari ni dan seterusnya Hani akan sembuh dan dapat ke sekolah semula.

Ummi pun ambik cuti hari ni sebab anak2 yang lain dah mula berair hidung. Lepak la semua di rumah. Abh boleh pergi kerja awal skit.

Sunday, May 31, 2009

Majlis cukur rambut Huda...

Ustaz Issraq sedang menyuapkan air zam-zam kepada Huda.

Majlis bermula jam 9.30am. Dihadiri oleh kawan-kawan terdekat. Ramai juga yang dah balik kampung. Mana yang tak balik tu, datang la rumah kami. Kami tempah nasi ayam dari restoran Keningau di Indah Permai. Tak payah nak sibuk2 dan sudah2 nak masak.

Majlis habis tengahari. Dalam pukul 2 petang, aku buka kedai. Pukul 5 petang, balik rumah sebab kawan aku Azwini nak hantar kereta bini dia kerumah. Nak mintak tinggak rumah aku sebab pagi esok mereka nak balik kampung di Kelantan.

Saturday, May 30, 2009

Huda 36 hari...

Huda dan masuk hari ke 36 hari nih. Dah makin tembam dah. Seronok peluk dia. Esok nak buat majlis cukur rambut Huda. Ingat nak buat hari ahad lepas tapi tak jadi sebab ada hal.

Gambar tu ambik masa Huda dok atas riba nenek dia. Siang selalu tido. Time dia bangun ler boleh ambik dia buka mata. Kalau tak, tutup mata, tido jer...

Friday, April 24, 2009

Ummi dah selamat bersalin pada 23/4/2009...

Pagi, aku hantar anak Hani dan Iman ke sekolah. Wife ikut sekali sebab dia nak pergi klinik di Inanam. Ada apoiment ngan doktor katanya. Tapi sejak semalam baby dalam perut asyik dok mengeras jer. Lepas hantar Hani dan Iman, kami terus ke Klinik Ibu Dan Anak di Inanam. Aku dok di kereta dengan Irfan sebab dia tidur.

Dalam 15 minit giti wife call. Dah nak bersalin katanya. Misi periksa, rahim di dah terbukak 7cm. Alamak. Aku masuk hantar pakaian wife dan baby untk standby. Misi kata dia dah call ambulan tapi mereka dah stanby takut tak sempat ambulan sampai. Aku terpaksa tunggu dalam kereta sebab Irfan masih tidur. Takut dia bangun dan buat hal plak. Dalam 15 minit gitu, ambulan sampai. Aku masuk ke klinik semula untuk bantu wife masuk ke ambulan. Lepas tu aku g ambik Syafik di IP. Sampai di Hospital likas dalam kul 11.15am. Terus ke kaunter penilaian bersalin. Mereka kata wife aku dah masuk bilik bersalin. Kami tungu diluar saja. Jam 11.30 am aku g ambil Hani di sekolah dan terus ke Hospital semula. Dalam kul 12tgh, wife call. DAh bersalin dalam kul 11.30am tadi katanya. Alhamdulillah.... Kami dapat baby girl.

Dalam kul 2pm aku mintak masuk nak azankan baby. Tapi baby masih dalam bilik rawatan sebab ada masalah skit. Nafasnya terlalu laju. Dia kena kasi oksigen. Tapi keadaan tak membimbangkan.

Aku keluar dan bawak anak2 balik kerumah. Irfan dan Hani kepenatan menunggu Ummi mereka, terus terlena di ruang tamu. Aku sembahyang Asar, dan keluar semula sebab kat rumah tak ada elektrik. Nak masak nasik tak boleh. Aku pergi ke kedai di IP. Beli sedikit ayam serta ikan dan masak nasik di kedai aku. Lepas tu pergi ambil Iman. Balik rumah, bakar ikan untuk wife. Suruh Syafik mandikan budak2. Nasib baik elektrik dah ada. Aku keluar lagi....

Pergi kedai, ambil nasik yang masak tadi. Suruh PJ tutup kedai awal. Aku terus ke hospital. Aku hantar nasik kat wife. Dia menangis tensen katanya sbb baby tak ada disisi. Aku temteramkan wife. Cakap kat dia aku dah tgk baby. Ok, kataku. Baby sihat cuma ada masalah pernafasan jer. Aku tukar handfone celcom sebab line maxis tak berapa bagus kat dalam bilik bersalin tu. Oh ya, bini aku tak boleh masuk wad lagi sebab wad penuh. Terpaksa tunggu di bilik bersalin. Lepas sapu sedikit minyak panas di belakang wife, aku ke tingkat 5 nak tgk anak aku. Misi kat situ mintak aku hantarkan pampers. Aku azankan anak aku dulu. Kemudian turun ambil pampers di beg bersama wife. Aku minta kebenaran misi nak bawak wife tgk anak. Misi kata ok kalau wife dah tak berasa pening. Aku terus cari kerusi roda dan bagitau wife kalau dia nak tgk baby. Terus dia nak.

Lepas hantar wife ke wad semula, aku balik rumah. Bagi anak2 makan nasi dah suruh mereka tido. Aku ? Letih woi.... Tapi sebenarnya keletihan itu hilan bile tgk wife dah selamat bersalin dan tgk muka zuriat aku yang ke-4 nih. Hmmmm... Ada iras2 Iman, anak aku yang ke-2 tuh...

Saturday, April 4, 2009

Anak-anak Ummi dan Abah yang ceria...



















Dah lama abah tak update blog nih. Selalu bukak tgk jer. Bila nak update, line slow dan lembab. Pastu abah selalu sibuk. Hari ni abah sibuk juga tapi abah luangkan sedikit masa untuk update blog nih.

Anak2 abah dan Ummi memang selalu ceria. Sekarang ni dah 3 orang. Nanti keluar kawan sorang lagi, lagi riuhlah rumahnyer... Ummi dan Abah makin pening dok melayan mereka nih.

Tuesday, February 24, 2009

Happy birthday Hani....

Hani dah masuk 5 tahun dah pada 22 Februari, 2009.... Actually abah lupa hari jadi Hani sebab sibuk dengan kerja. Entry ni abah pun lupa nak masukkan sebab busy sangat. Ni time tak berapa busy la nih. Sempat la abah update blog yg dah nak hampir jadi muzium nih. Hahahha...

Abah belikan kek harijadi besar untuk Hani. Abah juga jemput Rina dan sepupu dia sambut birthday Hani. Hani seronok sangat... Hadiah Hani...? Nanti la abah belikan...

Tuesday, February 10, 2009

Anak-anak semua deman selsema...

Minggu lepas, semua anak2 kena demam selsema... Umi dan abah pun kena gak tapi tak teruk sangat. Anak2 sampai muntah-muntah. Mula2 Ifan muntah2. Lepas tu Iman. Last sekali Hani. Umi plak sampai tak keluar suara. Abah tak teruk sangat. Perit dalam tekak dan hidung berair jer.

Sekarang ni dah ok tapi masih ada selsema sikit2. Anak2 pun macam tak ada mood sekarang. Tak selincah dahulu. Irfan plak asyik dok merengek jer... Asyik nak dukung....

Abah pulak seakarang ni sibuk sangat di kedai... Orang gaji tak plak seakrang nih. Susah tul. Pagi2 abah kena jaga Irfan. Ptg baru boleh g kedai...

Thursday, January 8, 2009

Soalan untuk Iman dan Hani...

Hani dan Iman dah pergi sekolah. Sekolah la tu konon... Hehehehe... Seronk mereka ke sekolah.. Awal pagi dah bangun dengan semangatnya tapi bila kena air sejuk time mandi, semua menjerit....

Ni citer balik sekolah la.. Abah suka bertanya kat mereka ni apa yang mereka buat di sekolah masa on da way balik dalam kereta.


Tanya Hani :
Abah : Kakak buat apa kat sekolah?
Hani : Main.
Abah : Kakak main apa?
Hani : Main-main...
Abah : ????!!!...
-------------------------------------------------
Abah : Cikgu kakak ada bagi makan?
Hani : Ada.
Abah : Makan apa?
Hani : Ayam dengan lada.
Abah : Hah...?


Tanya Iman :
Abah : Iman buat apa kat sekolah?
Iman : Main.
Abah : Iman main apa?
Iman : Mainan...
Abah : ????!!!...
-------------------------------------------------
Abah : Cikgu ada ajar lukis?
Iman : Ada. Lukis rumah...
Abah : Pandai Iman... Besar ke rumah Iman?
Iman : Besar !!!
Abah : Besar mana?
Iman : Kecil...
Abah : ????!!!!...
-------------------------------------------------
Abah : Man, apa nama cikgu Iman?
Iman : Teacher..
Abah : Ya la abah tahu... Apa nama nama teacher Iman..?
Iman : Cikgu la...
Abah : Adush...!!!! poning...

Saturday, January 3, 2009

Cerita anak-anakku yang melepaskan gian mereka...










Semalam, 2 Januari 2009. Petang, kami bawak anak2 pergi jalan d pantai Tangjung Aru 3. Dari lepas jumaat lagi si Hani dok bertanya abah bila nak gi jalan. Abah cakap tunggu petang sikit la.

Abah singgah di Pantai Tanjung Aru 1 untuk beli makanan skit. umi kepingin nak makan jagung rebus. Asyik mengidam nak makan jagung rebus jer. Abah plak nak makan keropok lekor. Air? Ala... ummi lupa nak bawak air teh. Selalunya ummi buat bekal air teh suam. Tak per lah... Beli air meneral ja....

Dah sampai pantai, apa lagi... Abah tak benarkan mereka ni mandi sebab banyak obor2 dan ombak kuat. Sekali tu, anak2 dok berkubang pasir. Nasib baik belakang kereta ada air yang abah sediakan. Boleh la buat siran mereka nih. Nanti balik rumah mandi semula....




















Kami balik dekat jam 6.00ptg. Sebelum jalan, kena pastikanmereka ni 'diikat' kat belakang tu. Kan kena saman plak kan... Sekarang orang pakikan tali pinggang keledar dibelakang bukan untuk keselamatan tapi sebab takut kena saman... Hehehehehehe...

Monday, December 29, 2008

Video gelagat Iman dalam kereta...



Video ni ummi sempat rakam time kami nak kuar g jalan2. Abah cuti, so apa lagi, anak2 menagih janji la mintak bawak g jalan-jalan. Time tu ujan lebat, sempat gak ler abah cuci keta dia. Hehe..

Anak2 ni masuk je keta, apa lagi..ngantuk trus. Maklum ler sejuk aircond. Kakak dia siap baring lagi. Irfan lentok ngan umi kat depan. Iman? Haa..tengok la gelagat Iman nih. Suruh sandar kat kusi, xmo..last2 gini la jadinyer..

Bila tunjuk klip ni kat dia ketawa berabis. Di tanya plak nape Iman gitu mi?? Hai..anak.


Selamat menyambut Maal Hijrah 1430..




Alhamdulillah, kita masih di panjangkan umur satu hari lagi untuk mengecap nikmat dunia. Sepatutnya kita sedar, dan bersyukur kita masih berpeluang berbuat kebaikan dan memohon keampunan dosa-dosa semalam.

Hari ini, 1 Muharram, cukup bermakna buat kami sekeluarga. 5 tahun lepas, Nur Hani Maisarah selamat dilahirkan. Kalau ikut bulan Islam, hari nilah hari jadi Kakak. Selamat Hari Lahir sayang..Umi n abah saaayang kakak. Wajah kiut, montel itu masih segar dalam ingatan. Semalam tengok video kakak (time umo 2++ tahun) nyanyi lagu raya. Heheh..comel sangat. Time tu, dia montel sangat, sekarang dah kurang makan. Susut la sikit. Tapi tetap kiut. Iman cakap kakak 'tiut girl'.Hehe..yang satu tu pelat abis. Irfan yang bongsu tu pun tak pelat cam dia.. Bongsu ke??

1430 H, apa azam baru ye? Mestila nak jadi yang terbaik..Umi yang terbaik, abah yang terbaik untuk anak-anak, suami n isteri yang terbaik untuk pasangan, anak yang terbaik untuk family, jadi cikgu yang terbaik, bos yang terbaik.. Pendek kata semua yang terbaik je lah. Mudah-mudahan.Semoga tuhan merestui hajat dan azam ini. Amin.

Wednesday, December 24, 2008

Ragam anak-anak..










Dua tiga ari lepas, umi bawak kakak(Hani) ngan Iman potong rambut di salun dekat kedai abah. Seumur hidup Iman, x penah lagi dia berambut pendek. Tiap kali orang tengok dia, mesti cakap anak perempuan. Apa taknyer, rambut panjang, muka plak comel mcm baby girl. Manja kemain ngan umi.

Memandangkan anak-anak dah nak masuk sekolah lagi dua minggu, jadi umi buat keputusan, kena potong rambut. Abah pun setuju. Excited tul diorang. Bukan apa, nak kuar g jalan2. Boring terperap je kat umah. So, dipendekkan citer, tengok la camana wajah terbaru Iman, 'the handsome boy' dan kakak, 'the cute girl'. Iman ni sensitif skit, pernah satu hari tu kakak dia cakap dia tak hensem, apa lagi nangis berabis la dia. Alahai..

Malam tadi plak Hani sibuk ngan laptop umi. Nak main online game. Games2girl..Dah berbulan dia tak sentuh komputer, semenjak abah dia bawak komp ke kedai untuk di repair. Last2 abah tak bawak balik. Cian kakak. So, bila dah diberi peluang bukak komputer, apa lagi...pulun berabis. Iman ngan Irfan jadi pemerhati je. Nak sentuh nanti kakak marah. Irfan 2, 3 kali meraung kena marah ngan kakak. Dia pun sibuk nak menekan. Last-last Irfan tido dulu, keboringan kot sebab tengok je, xleh sentuh. Iman ok je, dia tahu dia x pandai.

Dekat jam sebelas Umi n abah ajak tido pun tak mau. Pukul sebelas lebih baru masuk bilik. Hai anak..Bertuah korang sebab merasa semua ni. Time umi n abah kecik2 dulu mana ada semua ni. Anyway, Umi n abah tak kisah asal anak-anak bahagia. Boleh gak hilangkan keboringan melampau tu. Saaaaayang anak-anak umi. Mmuah.

Sunday, December 14, 2008

Anak-anak tak sihat plak...

Hani kena cirit-birit plak dah... Mungkin sebab makan jagung rebus kelmarin. Abah pun kena gak tapi tak la sangat. Hani sampai tercirit dalam seluar sampai kena pakai pampers balik. Hehehe... Tapi dia tak ada masalah nak pakai pampers walau dah besar. Hani ni jenis tak kisah kalau untuk kebaikkan dia.

Semalam Iman plak buat hal. Ingat perut dia ok la. Tengah malam selama dia muntah masa tido. Pas tu berak lagi.... Tapi Iman ni jenis degil. Susah nak makan ubat. Bila cakap takboleh makan itu ini, nak jugak. Budak laki kan... Unsur-unsur "keras pedal" tu tak leh ilang ler...

Dan semalam gak abah kuar ngan ummi untuk beli barang2 komputer untuk stok kedai serta barangan dapur skit. Ummi beli eskrim Walls Mini Poppers. Ingat nak makan ngan anak2 tapi kena simpan dulu sehingga mereka betul2 sihat.

Irfan..? Nasib baik ok jer. Selalu ceria...

Sunday, November 16, 2008

Lagak Irfan belajar menulis...










Amboii..khusyuknya baby ummi menulis. Sampai x sedar umi balik. apa yang irfan tulis tu? Seronok tgk. Tp irfan ni lain skit, dia kidal kot. Kakak n abang dia tulis pakai tgn kanan, tp dia len skit..kiri you. Tah apa-apa yang diconteng tu. Tp kira ok la. Irfan baru 1 thn 5 bulan. Sayang anak ummi. Dengan saiznya yg kecik klu nak compare ngan yang berdua tu, kiut sangaat. Semoga anak ummi bakal jadi orang yang terpelajar ya. Ingat ummi n abah tau.

Tuesday, November 11, 2008

Hani pandai melukis....? Iman punya...?

Ini lukisan Hani. Cantik tak?

Ini la lukisan anakku Nur Hani Maisara, 4 tahun 9 bulan. Dulu hani pandai lukis bulat-bulat jer. Habis dinding rumah dia lukis. Nak raya hari tu, ummi cat balik. Buruk sangat dah. Penuh ngan lukisan Hani. Abah lupa nak ambik gambar kat dinding tuh. Sekarang ni, ada lagi kat dinding tu. Ada lukisan baru. Dah dilarang jangan melukis kat dinding tapi masih juga dilukisnya.

Kekadang tu, habis buku ummi dia kena conteng ngan lukisan dia. Abah gelak jer. Abah tahu Hani ada bakat melukis. Daripada lukisan bulat2, pastu ada tangan, sampai la hani pandai lukis orang yang cukup sifat tapi tak sempurna. Janji apa yang dilukis tu jelas menunjukkan ekspresi dirinya. Bila ditanya siapa yang dilukis tu, dia cakap ini abah, ini ummi, ini adik.... Tapi kekadang tu nak marah gak sebab time nak tido pun dia masih dok sibuk cari pensil dan kertas nak melukis. Bila tiem dia dok melukis tu, tak boleh dikacau...

Abah doakan anak abah ni menjadi pelukis profesional suatu hari nanti. Jadi apa ya? Pereka fesyen? Pelukis kartun? Atau animator ker? InsyaAllah....

Iman punya lukisan. Apa tu ? Dia kata yang bawah sekali tu kereta abah.

Iman, 3th 5bln. Bila mereka tgk abah taruk lukisan yang Hani punya, Iman tanya mana lukisan dia. Abah suruh Iman lukis atas kertas nanti abah kasi taruk dekat internet. Bising-bising Iman sebab abah tak taruk yang dia punya. Lupa plak bahawasanya anak anak anak laki2 sorang lagi. Ish..ish...

Abah tanya, apa yang Iman luksi tu. Kereta abah. Lorrr... Ok la tuh... Hehehehe... pandainyer...

Friday, October 24, 2008

Anak-anakku dipagi hari....

Abah dan Ummi sibuk bersiap nak pergi kerja, anak2 dah bangun. Baru pukul 6.30am. Mereka ni kalau bangun, susah ak tido balik... Oklah... Abah ambik gambar dulu yer....




Thursday, October 16, 2008

Bilik tidur untuk anak gadisku...

Dah lama dah abah dok fikir camana design bilik tidur anak dara abah sorang tu. Hari ni ada e-mel dari froxi.com beberapa gambar bilik tidur anak gadis. Cantik jugak. Boleh buat rujukan untuk hiasan dan susunan bilik anak dara abah bila rumah baru siap nanti.