Showing posts with label Abah Dan Ummi.... Show all posts
Showing posts with label Abah Dan Ummi.... Show all posts

Sunday, May 31, 2009

Majlis cukur rambut Huda...

Ustaz Issraq sedang menyuapkan air zam-zam kepada Huda.

Majlis bermula jam 9.30am. Dihadiri oleh kawan-kawan terdekat. Ramai juga yang dah balik kampung. Mana yang tak balik tu, datang la rumah kami. Kami tempah nasi ayam dari restoran Keningau di Indah Permai. Tak payah nak sibuk2 dan sudah2 nak masak.

Majlis habis tengahari. Dalam pukul 2 petang, aku buka kedai. Pukul 5 petang, balik rumah sebab kawan aku Azwini nak hantar kereta bini dia kerumah. Nak mintak tinggak rumah aku sebab pagi esok mereka nak balik kampung di Kelantan.

Saturday, May 30, 2009

Budu oh budu...

Pegi Pasaraya Servey di KK Plaza. Beli barang dapur skit. Pastu cari budu. Mentu nak makan budu.

Kami pun dah lama tak makan budu. Maklumlah.. Bukan senang nak dapat budu di Sabah nih. Kalau ada pun harga dia 2 kali ganda berbanding di Kelantan.

Friday, April 24, 2009

Ummi dah selamat bersalin pada 23/4/2009...

Pagi, aku hantar anak Hani dan Iman ke sekolah. Wife ikut sekali sebab dia nak pergi klinik di Inanam. Ada apoiment ngan doktor katanya. Tapi sejak semalam baby dalam perut asyik dok mengeras jer. Lepas hantar Hani dan Iman, kami terus ke Klinik Ibu Dan Anak di Inanam. Aku dok di kereta dengan Irfan sebab dia tidur.

Dalam 15 minit giti wife call. Dah nak bersalin katanya. Misi periksa, rahim di dah terbukak 7cm. Alamak. Aku masuk hantar pakaian wife dan baby untk standby. Misi kata dia dah call ambulan tapi mereka dah stanby takut tak sempat ambulan sampai. Aku terpaksa tunggu dalam kereta sebab Irfan masih tidur. Takut dia bangun dan buat hal plak. Dalam 15 minit gitu, ambulan sampai. Aku masuk ke klinik semula untuk bantu wife masuk ke ambulan. Lepas tu aku g ambik Syafik di IP. Sampai di Hospital likas dalam kul 11.15am. Terus ke kaunter penilaian bersalin. Mereka kata wife aku dah masuk bilik bersalin. Kami tungu diluar saja. Jam 11.30 am aku g ambil Hani di sekolah dan terus ke Hospital semula. Dalam kul 12tgh, wife call. DAh bersalin dalam kul 11.30am tadi katanya. Alhamdulillah.... Kami dapat baby girl.

Dalam kul 2pm aku mintak masuk nak azankan baby. Tapi baby masih dalam bilik rawatan sebab ada masalah skit. Nafasnya terlalu laju. Dia kena kasi oksigen. Tapi keadaan tak membimbangkan.

Aku keluar dan bawak anak2 balik kerumah. Irfan dan Hani kepenatan menunggu Ummi mereka, terus terlena di ruang tamu. Aku sembahyang Asar, dan keluar semula sebab kat rumah tak ada elektrik. Nak masak nasik tak boleh. Aku pergi ke kedai di IP. Beli sedikit ayam serta ikan dan masak nasik di kedai aku. Lepas tu pergi ambil Iman. Balik rumah, bakar ikan untuk wife. Suruh Syafik mandikan budak2. Nasib baik elektrik dah ada. Aku keluar lagi....

Pergi kedai, ambil nasik yang masak tadi. Suruh PJ tutup kedai awal. Aku terus ke hospital. Aku hantar nasik kat wife. Dia menangis tensen katanya sbb baby tak ada disisi. Aku temteramkan wife. Cakap kat dia aku dah tgk baby. Ok, kataku. Baby sihat cuma ada masalah pernafasan jer. Aku tukar handfone celcom sebab line maxis tak berapa bagus kat dalam bilik bersalin tu. Oh ya, bini aku tak boleh masuk wad lagi sebab wad penuh. Terpaksa tunggu di bilik bersalin. Lepas sapu sedikit minyak panas di belakang wife, aku ke tingkat 5 nak tgk anak aku. Misi kat situ mintak aku hantarkan pampers. Aku azankan anak aku dulu. Kemudian turun ambil pampers di beg bersama wife. Aku minta kebenaran misi nak bawak wife tgk anak. Misi kata ok kalau wife dah tak berasa pening. Aku terus cari kerusi roda dan bagitau wife kalau dia nak tgk baby. Terus dia nak.

Lepas hantar wife ke wad semula, aku balik rumah. Bagi anak2 makan nasi dah suruh mereka tido. Aku ? Letih woi.... Tapi sebenarnya keletihan itu hilan bile tgk wife dah selamat bersalin dan tgk muka zuriat aku yang ke-4 nih. Hmmmm... Ada iras2 Iman, anak aku yang ke-2 tuh...

Tuesday, February 17, 2009

Abah dan Ummi sibuk la...

Kesibukkan kami menyebabkan blog ini hampir jadi muzium... Hahaha... Kekawan yang masuk blog ni pun ramai cakap macam tu sebab kami tak sempat nak update. Abah pun tak selalu ada di kedai. Selalu je ada kerja luar. Kalau ada di kedai pun, banyak kerja yang perlu dibereskan dulu.

Kepada yang selalu masuk blog nih tu, harap maaf la yer...

Apapun.... tunggu saja berita gembira bulan April nanti.... Sesuatu yang sensasi bakal menjelma.... Bukan AF tau... Berita yang pasti menggemparkan....

Tungguuu............

Tuesday, December 30, 2008

Abah buat pohpia saleri ber"cheese"...











Abah suka masak. Kali ni abah buat pohpia berintikan saleri ber"cheese". Ummi suka sangat.

Tak banyak abah buat. Cukup sekadar melepaskan gian nak masak jer. Dah lama abah tak masak. Arwah ayah abah pandai buat mee. Abah tgk anak abah, Iman pun suka masuk dapur tgk abah dan ummi masak. Tapi Iman masih kecil. Nanti la besar skit, abah ajar masak. Abah suka gak tgk Astro Asia Food Channel. Suka tgk rancangan Chef At Home. Nanti lepas ni abah nak cuba buat pai epal plak...

Monday, December 29, 2008

Selamat menyambut Maal Hijrah 1430..




Alhamdulillah, kita masih di panjangkan umur satu hari lagi untuk mengecap nikmat dunia. Sepatutnya kita sedar, dan bersyukur kita masih berpeluang berbuat kebaikan dan memohon keampunan dosa-dosa semalam.

Hari ini, 1 Muharram, cukup bermakna buat kami sekeluarga. 5 tahun lepas, Nur Hani Maisarah selamat dilahirkan. Kalau ikut bulan Islam, hari nilah hari jadi Kakak. Selamat Hari Lahir sayang..Umi n abah saaayang kakak. Wajah kiut, montel itu masih segar dalam ingatan. Semalam tengok video kakak (time umo 2++ tahun) nyanyi lagu raya. Heheh..comel sangat. Time tu, dia montel sangat, sekarang dah kurang makan. Susut la sikit. Tapi tetap kiut. Iman cakap kakak 'tiut girl'.Hehe..yang satu tu pelat abis. Irfan yang bongsu tu pun tak pelat cam dia.. Bongsu ke??

1430 H, apa azam baru ye? Mestila nak jadi yang terbaik..Umi yang terbaik, abah yang terbaik untuk anak-anak, suami n isteri yang terbaik untuk pasangan, anak yang terbaik untuk family, jadi cikgu yang terbaik, bos yang terbaik.. Pendek kata semua yang terbaik je lah. Mudah-mudahan.Semoga tuhan merestui hajat dan azam ini. Amin.

Saturday, November 29, 2008

Happy 6th Anniversary untuk abah dan ummi...








Selamat Ulangtahun ke-6 untuk abah dan ummi semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....

28 November 2008 merupakan ulangtahu ke-6 perkahwinan Noor dan Sham. Dah 6 tahun kahwin dan dikurniakn 3 orang cahayamata yang comel2 dan cute2. Abah dan ummi sambut ulang tahun ke-6 ini dengan bercuti satu hari ke Kundasang, Sabah. Kami jalan2 di Kinabalu Park dan Pekan Kundasang sambil menghirup udara gunung yang segar. Kami berehat seketika di Kinabalu Roser Cabin. Ingat nak bermalam tapi kami tak bawak pakaian persalinan. Cukup la sekadar bersiar-siar dan dan berdating berdua tanpa diganggu anak2 dan kesibukan kota. Suasana yang sejuk tidak menghalang kehangatan cinta abah dan ummi.

Macam biasa, kalau dah ke Kundasang ni tak sah kalau tak membeli sedikit sayur-sayuran untuk dibawa pulang. Malam, kami keluar makan bersama anak2 di Anjung Senja. Kemudian lepak2 di Taman Awam Teluk Likas yang baru dibuka. Seronok tengok anak2 berlari-lari keriangan sampai tak mau balik walaupun hari sudah menghampiri tengah malam....

Friday, November 7, 2008

Kenangan Terindah - 5 years ago...

Ini la dia kenangan terindah yang tak dapat dilupakan oleh kami. Bila melihat gambar2 hari bahagia, semakin sayang rasanya kepada pasangan kita. Bila hati terasa terguris atau nak marak kepada ummi, abah akan tgk2 gambar kenangan di hari bahagia. Semua itu terjadi disebabkan kasih sayang antara abah dan ummi. Kalau tak ada kasih sayang, majlis itu tak akan berlangsung an gambar yang diambil pun tak cantik. Bila lihat keceriaan di wajah ummi, abah tahu ummi bahagia dengan abah. I love u sayang... Semoga kasih sayang kita berkekalan hingga akhir hayat.