Showing posts with label Berita Blogger.... Show all posts
Showing posts with label Berita Blogger.... Show all posts

Wednesday, July 22, 2009

Sejadah TerApung

Semalam baru berkira-kira InsyaAllah, Biiznillah.. hendak ke Terengganu sebelum sessi kuliyah bermula 13 Julai ini. Hendak rasa Solat di Masjid Kristal. Hari ini, dalam The Star keluar pula berita "Floating Mat' di masjid itu, siap dengan Gambarnya sekali.

Menurut Imam Besar, Ustaz Azizi Saidi ini adalah sesuatu yang luar biasa dan besar kemungkinan satu tanda betapa jauhnya umat sekarang dari Agama dan Jemaah. Entahlah, kalau nak ikutkan, zaman sekarang ini jauh lebih banyak Masjid dan surau di serata negara berbanding berpuluh tahun dahulu...

Teringat diri ini akhir pada Ayat 2 Surahtul Maidah: "....Dan tolong menolonglah kamu dalam mengejakan kebaikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran . Dan BerTakwa kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksanya".

Mungkin ianya isyarat supaya kita 'sama-sama' bersatu padu ke jalan kebaikan untuk Dunia dan Akhirat, bersama-sama menjayakannya mengikut kemampuan masing-masing. WaAllahuAlam.

sumber : http://melayuangkat.blogspot.com/2009/06/sejadah-terapung.html


Berita 2

Dipetik dari The Star – Khamis 30, 2009

Peringatan untuk umat Islam.

***************************

‘Floating mat’ a sign to people

KUALA TERENGGANU: The Terengganu chief imam has attributed the unusual occurrences at the Crystal Mosque here as a sign of the people distancing themselves from the religion.

Ustaz Azizi Saidi Abdul Aziz described claims that a visitor had seen and photographed prayer mats floating in the mosque as “hardly phenomenal” and people should stop thinking that it was due to genies or ghosts.

Mystifying: This ‘floating mat’ phenomenon occurred at the Crystal Mosque in Kuala Terengganu. The imam says such occurrences have been reported in Saudi Arabia.

“Such mystifying occurrences have been reported in Saudi Arabia,” he said yesterday.

A woman from Negri Sembilan who visited the mosque had photographed the phenomenon with a mobile phone camera early this month, triggering fear among locals.

Azizi Saidi said the phenomenon could be linked to the lackadaisical attitude of Muslims in the state in performing congregational prayers.

“There is nothing to panic. This is a call to Muslims not to overlook their obligation towards performing prayers together.

“There are umpteen mosques in Terengganu but there is a lack of mosque-goers.

“Some of our mosques lack people even during Friday prayers,” he added.

He said the occurrence was not “bizarre” but should be seen as a miracle that could be considered a sign from the Al-Mighty.

****************************

p/s : Nak peraya tu susah jugak sebab tak tgk dengan kepala sendiri camana ia terapung tuh. Apapun diharap peristiwa ini dapat menyedarkan golongan yang hanya suka membina masjid tapi tidak memakmurkan masjid agar dapat membuat sesuatu yang baik agar masjid ini dimakmurkan. Jangan dijadikan masjid sebagai "muzium" semata.

Tuesday, February 17, 2009

Abah dan Ummi sibuk la...

Kesibukkan kami menyebabkan blog ini hampir jadi muzium... Hahaha... Kekawan yang masuk blog ni pun ramai cakap macam tu sebab kami tak sempat nak update. Abah pun tak selalu ada di kedai. Selalu je ada kerja luar. Kalau ada di kedai pun, banyak kerja yang perlu dibereskan dulu.

Kepada yang selalu masuk blog nih tu, harap maaf la yer...

Apapun.... tunggu saja berita gembira bulan April nanti.... Sesuatu yang sensasi bakal menjelma.... Bukan AF tau... Berita yang pasti menggemparkan....

Tungguuu............

Tuesday, November 25, 2008

Blog Ummi "Cikgu Noor At SEMI" sudah dilancarkan...

Akhirnya blog khas untuk Ummi sudah siap dan telah dilancarkan. Alamat blog tersebut ialah http://cikgunooratsemi.blogspot.com Sila klik gambar dibawah untuk besarkan imej. Semoga dengan adanya blog ini, anak2 murid ummi senang untuk berhubung dengan ummi dan meluahkan pendapat atau bertanyakan segala masalah tentang pelajaran dan


Tuesday, November 4, 2008

Suprise...!!! Akhirnya hajat kami dikabulkan....


Surprise...!!!?

Petang semalam abah pergi ambik ummi di sekolah. Lepas tu kami nak ke Yayasam Sabaha unutk daftar sekolah TADIKA untuk anak kami Hani dan Iman di sana. On da way tu Ummi bagitau ada berita tergempar. Tapi dia senyum jer... Dia ambik satu sampul dari beg dia. Dalam hati ingat dapat duit ker..cek ker... rupa-rupanya kad jemputan kenduri kahwin. Ummi cakap Ustaz Hafizi yang kasi kat sekolah tadi...

Ustaz Hafizi :
Asal dari Terengganu. Mengajar di SMK Agama Inanam. Berumur 30 tahun. Datang ke Sabah dah masuk 3 tahun kalau tak silap. MAsa mula-mula sampai Sabah, dia sewa berdekatan dengan rumah kami. Pandai memasak dan mengemas rumah. Ummi pernah cuba nak satukan dia dengan kawan serumah ummi, Cik Wan Rosmawati masa belom kahwin dulu. Masa tu ummi tinggal di Indah Court, Likas. Tapi Ustaz ni jual mahal la konon. Umur Cik Wan sekarang ni pun dah masuk 30 rasanya. Kira tu sama tua la ngan Ustaz Hafizi ni. Cik Wan ni ustazah di SMK Agama Inanam.

Ustazah Wan Rosmawati :
Kawan ummi masa mula-mula mereka datang sabah. Cik Wan ni lulusan dari Universiti di Jordan. Mengajar di SMK Agama Inanam. Orangnya cam Arab. Mungkin dok Jordan lama dulu. Asal Terengganu juga. Tinggal bersama ummi dan Kak Ja di Indah Court, Likas masa mereka ni masih anak dara.

Ok... Berbalik kepada cerita abah dan ummi tadi... Lepas Ustaz Hafizi kasi kat jemputan tu ummi tak perasan apa-apa. Bila buka jer tgk nama Fizi dan Ros... Ala... Fizi nak nikah ngan sala la nih... Cam frust ler sebab hajat kami nak satukan dia nga Cik Wan nih tak tercapai... Sekali baca nama penuh pengantin perempuan tuh.. ummi menjerit.. Fizi....!!!! Ustaz Hafizi dah blah dah... Dia tersengih kat luar bilik guru....

Kami macam tak percaya plak.... Dulu nampak dia ngan Cik Wan tu sombong jer... Guru-guru kat sekolah dia pun tak tahu... So, semalam gempar seluruh sekolah ler... anak-anak murid mereka pun terkejut bercampur gembira.... Selama ni mereka pandai sembunyikan percintaan mereka.... Tapi kami sebelun tu pun cam perasan tapi tak yakin.... Ingat mereka cam rakan seguru dah sekolah biasa. Kawan kami, Kak Ja ( dah pindah balik ke Puterajaya) yang satu sekolah ngan mereka ni dah bagi hint sebelum dia balik semenanjung tapi kami tak perasan. Kak Ja kata ada suprise ujung tahun nih...

Apapun.. semoga mereka bahagia... Tahniah untuk Ustaz Hafizi dan Ustazah Wan Rosmawati...

Sunday, November 2, 2008

Blog adik - http://tebuboy.blogspot.com/

Dok ajar adik bongsu buat blog dia. Dia kat kampung di Pasir Mas. Dok kat kampung berniaga air tebu ngan kelapa. Orangnya baik dan suka bekerja. Dia la yang dok jaga mak dan rumah kat kampung tuh. Dia bujang lagi... Aweks-aweks yang berminat tuh, boleh ler masuk dan berkenalan ngan dia nih....