Tuesday, November 4, 2008

Suprise...!!! Akhirnya hajat kami dikabulkan....


Surprise...!!!?

Petang semalam abah pergi ambik ummi di sekolah. Lepas tu kami nak ke Yayasam Sabaha unutk daftar sekolah TADIKA untuk anak kami Hani dan Iman di sana. On da way tu Ummi bagitau ada berita tergempar. Tapi dia senyum jer... Dia ambik satu sampul dari beg dia. Dalam hati ingat dapat duit ker..cek ker... rupa-rupanya kad jemputan kenduri kahwin. Ummi cakap Ustaz Hafizi yang kasi kat sekolah tadi...

Ustaz Hafizi :
Asal dari Terengganu. Mengajar di SMK Agama Inanam. Berumur 30 tahun. Datang ke Sabah dah masuk 3 tahun kalau tak silap. MAsa mula-mula sampai Sabah, dia sewa berdekatan dengan rumah kami. Pandai memasak dan mengemas rumah. Ummi pernah cuba nak satukan dia dengan kawan serumah ummi, Cik Wan Rosmawati masa belom kahwin dulu. Masa tu ummi tinggal di Indah Court, Likas. Tapi Ustaz ni jual mahal la konon. Umur Cik Wan sekarang ni pun dah masuk 30 rasanya. Kira tu sama tua la ngan Ustaz Hafizi ni. Cik Wan ni ustazah di SMK Agama Inanam.

Ustazah Wan Rosmawati :
Kawan ummi masa mula-mula mereka datang sabah. Cik Wan ni lulusan dari Universiti di Jordan. Mengajar di SMK Agama Inanam. Orangnya cam Arab. Mungkin dok Jordan lama dulu. Asal Terengganu juga. Tinggal bersama ummi dan Kak Ja di Indah Court, Likas masa mereka ni masih anak dara.

Ok... Berbalik kepada cerita abah dan ummi tadi... Lepas Ustaz Hafizi kasi kat jemputan tu ummi tak perasan apa-apa. Bila buka jer tgk nama Fizi dan Ros... Ala... Fizi nak nikah ngan sala la nih... Cam frust ler sebab hajat kami nak satukan dia nga Cik Wan nih tak tercapai... Sekali baca nama penuh pengantin perempuan tuh.. ummi menjerit.. Fizi....!!!! Ustaz Hafizi dah blah dah... Dia tersengih kat luar bilik guru....

Kami macam tak percaya plak.... Dulu nampak dia ngan Cik Wan tu sombong jer... Guru-guru kat sekolah dia pun tak tahu... So, semalam gempar seluruh sekolah ler... anak-anak murid mereka pun terkejut bercampur gembira.... Selama ni mereka pandai sembunyikan percintaan mereka.... Tapi kami sebelun tu pun cam perasan tapi tak yakin.... Ingat mereka cam rakan seguru dah sekolah biasa. Kawan kami, Kak Ja ( dah pindah balik ke Puterajaya) yang satu sekolah ngan mereka ni dah bagi hint sebelum dia balik semenanjung tapi kami tak perasan. Kak Ja kata ada suprise ujung tahun nih...

Apapun.. semoga mereka bahagia... Tahniah untuk Ustaz Hafizi dan Ustazah Wan Rosmawati...

3 comments:

azza_irah said...

waaa...
tahniah...
inilah surprise nya ya sham..
bahagia kan..
bila kwn2 bahagia kita tmpang gembira..
sronkk dgr org nak dirikan masjid..
moga jua masjid yg dah terbina akan kekal sepanjang hayat..

Pyanhabib said...

maleh tuleh blog.
(hoih, mung punyo blog ramainya!)

acu said...

syok nyer depa nak kawin....