Tuesday, July 7, 2009

Misteri di Hospital Likas.


Hospital Likas.
Originally uploaded by NoorSham @ Pok Sey
Kelmarin, 6 Julai 2009 ummi masuk wad. Ada sedikit operation untuk ikat peranakan. Kami pergi awal pagi lagi sebab diarahkan datang sebelum jam 7 pagi.

Sebelum tu akmi pergi ambil staf abah, Rina untuk jaga Huda. Huda ikut sekali sebab dia menyusu dengan Ummi. Kami tiba tepat jam 7 pagi. Ummi ditempatkan di wad bersebelahan wad Kenanga 1 iaitu sekali dengan tampat pesakit talasemia. Tak ada pesakit yang ditempatkan disitu. Ummi diberikan baju persalinan. Rina jaga Huda. Suhu sejuk sangat terasa macam dok dalam peti ais.

Sambil ummi tukar baju, abah ambil gambar sekitar wad tu sebab tak ada orang kecuali nurse jer. Lepas ummi tukar baju, nurse panggil untuk pasangkan jarum untuk masukkan air dan ubat di tangan. Masa nurse tengah cucuk tangan ummi tu, abah ambil video menggunakan Nokia 5800 abah. Abah juga ambil beberapa keping gambar. Masa ummi nak masuk bilik operation tu pun abah ambil sekeping gambar.

Ingat nak upload terus gambar tu ke Flickr tapi abah terlupa. Lepas tu abah baik kerumah nak ambil Hani dan Iman ke sekolah. Lepas hantar Hani n Iman kesekolah, abah terus ke kedai abah bersama Irfan. Ambil kuncai rumah dengan Pok Jue. Lepas tu abah ke sekolah untuk ambil GL. Sambl tunggu kerani sekolah tu menaip GL, abah teringat gambar yang abah ambil pagi tadi. Masa tu dah dekat jam 10.30pagi. Sekali bukak, tak boleh pulak. Naper nih. Ada thumnail jer. Semua gambar yang abah snap tu tak boleh bukak. Abah restart hp abah tu. Bila bukak balik bahagian gambar tu, hilang semunya. Tinggal gambar yang sebelum tu jer.

Yang hairannya, kalau memory card tu rosak, kenapa gambar sebelum tu masih ada. Laps tu abah cuba ambil gambar lain. Sampai ke hari ni masih ok. Jadi memory card Hp tu masih ok.

Petang tu abah pergi lagi untuk melwat ummi. Ummi masih lemah disebabkan ubat bius masih terasa. Irfan pulak, bkan main nakal. Lari sana-sini. Masa Irfan duduk disebelah katil ummi, di tunjuk kearah atas di suatu sudut.

"Tu pocong tu... pocong tu..." katanya.

Abah terkejut. Abah tengok kat arah yang ditunjukkan. Tak ada apa2 pun. Irfan buat tak tahu jer... Dia terus belari-lari tanpa rasa takut pun. Kami semua terlopong...

No comments: