Wednesday, July 22, 2009

Sejadah TerApung

Semalam baru berkira-kira InsyaAllah, Biiznillah.. hendak ke Terengganu sebelum sessi kuliyah bermula 13 Julai ini. Hendak rasa Solat di Masjid Kristal. Hari ini, dalam The Star keluar pula berita "Floating Mat' di masjid itu, siap dengan Gambarnya sekali.

Menurut Imam Besar, Ustaz Azizi Saidi ini adalah sesuatu yang luar biasa dan besar kemungkinan satu tanda betapa jauhnya umat sekarang dari Agama dan Jemaah. Entahlah, kalau nak ikutkan, zaman sekarang ini jauh lebih banyak Masjid dan surau di serata negara berbanding berpuluh tahun dahulu...

Teringat diri ini akhir pada Ayat 2 Surahtul Maidah: "....Dan tolong menolonglah kamu dalam mengejakan kebaikan dan takwa dan jangan tolong menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran . Dan BerTakwa kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksanya".

Mungkin ianya isyarat supaya kita 'sama-sama' bersatu padu ke jalan kebaikan untuk Dunia dan Akhirat, bersama-sama menjayakannya mengikut kemampuan masing-masing. WaAllahuAlam.

sumber : http://melayuangkat.blogspot.com/2009/06/sejadah-terapung.html


Berita 2

Dipetik dari The Star – Khamis 30, 2009

Peringatan untuk umat Islam.

***************************

‘Floating mat’ a sign to people

KUALA TERENGGANU: The Terengganu chief imam has attributed the unusual occurrences at the Crystal Mosque here as a sign of the people distancing themselves from the religion.

Ustaz Azizi Saidi Abdul Aziz described claims that a visitor had seen and photographed prayer mats floating in the mosque as “hardly phenomenal” and people should stop thinking that it was due to genies or ghosts.

Mystifying: This ‘floating mat’ phenomenon occurred at the Crystal Mosque in Kuala Terengganu. The imam says such occurrences have been reported in Saudi Arabia.

“Such mystifying occurrences have been reported in Saudi Arabia,” he said yesterday.

A woman from Negri Sembilan who visited the mosque had photographed the phenomenon with a mobile phone camera early this month, triggering fear among locals.

Azizi Saidi said the phenomenon could be linked to the lackadaisical attitude of Muslims in the state in performing congregational prayers.

“There is nothing to panic. This is a call to Muslims not to overlook their obligation towards performing prayers together.

“There are umpteen mosques in Terengganu but there is a lack of mosque-goers.

“Some of our mosques lack people even during Friday prayers,” he added.

He said the occurrence was not “bizarre” but should be seen as a miracle that could be considered a sign from the Al-Mighty.

****************************

p/s : Nak peraya tu susah jugak sebab tak tgk dengan kepala sendiri camana ia terapung tuh. Apapun diharap peristiwa ini dapat menyedarkan golongan yang hanya suka membina masjid tapi tidak memakmurkan masjid agar dapat membuat sesuatu yang baik agar masjid ini dimakmurkan. Jangan dijadikan masjid sebagai "muzium" semata.

Tuesday, July 7, 2009

Misteri di Hospital Likas.


Hospital Likas.
Originally uploaded by NoorSham @ Pok Sey
Kelmarin, 6 Julai 2009 ummi masuk wad. Ada sedikit operation untuk ikat peranakan. Kami pergi awal pagi lagi sebab diarahkan datang sebelum jam 7 pagi.

Sebelum tu akmi pergi ambil staf abah, Rina untuk jaga Huda. Huda ikut sekali sebab dia menyusu dengan Ummi. Kami tiba tepat jam 7 pagi. Ummi ditempatkan di wad bersebelahan wad Kenanga 1 iaitu sekali dengan tampat pesakit talasemia. Tak ada pesakit yang ditempatkan disitu. Ummi diberikan baju persalinan. Rina jaga Huda. Suhu sejuk sangat terasa macam dok dalam peti ais.

Sambil ummi tukar baju, abah ambil gambar sekitar wad tu sebab tak ada orang kecuali nurse jer. Lepas ummi tukar baju, nurse panggil untuk pasangkan jarum untuk masukkan air dan ubat di tangan. Masa nurse tengah cucuk tangan ummi tu, abah ambil video menggunakan Nokia 5800 abah. Abah juga ambil beberapa keping gambar. Masa ummi nak masuk bilik operation tu pun abah ambil sekeping gambar.

Ingat nak upload terus gambar tu ke Flickr tapi abah terlupa. Lepas tu abah baik kerumah nak ambil Hani dan Iman ke sekolah. Lepas hantar Hani n Iman kesekolah, abah terus ke kedai abah bersama Irfan. Ambil kuncai rumah dengan Pok Jue. Lepas tu abah ke sekolah untuk ambil GL. Sambl tunggu kerani sekolah tu menaip GL, abah teringat gambar yang abah ambil pagi tadi. Masa tu dah dekat jam 10.30pagi. Sekali bukak, tak boleh pulak. Naper nih. Ada thumnail jer. Semua gambar yang abah snap tu tak boleh bukak. Abah restart hp abah tu. Bila bukak balik bahagian gambar tu, hilang semunya. Tinggal gambar yang sebelum tu jer.

Yang hairannya, kalau memory card tu rosak, kenapa gambar sebelum tu masih ada. Laps tu abah cuba ambil gambar lain. Sampai ke hari ni masih ok. Jadi memory card Hp tu masih ok.

Petang tu abah pergi lagi untuk melwat ummi. Ummi masih lemah disebabkan ubat bius masih terasa. Irfan pulak, bkan main nakal. Lari sana-sini. Masa Irfan duduk disebelah katil ummi, di tunjuk kearah atas di suatu sudut.

"Tu pocong tu... pocong tu..." katanya.

Abah terkejut. Abah tengok kat arah yang ditunjukkan. Tak ada apa2 pun. Irfan buat tak tahu jer... Dia terus belari-lari tanpa rasa takut pun. Kami semua terlopong...