Saturday, November 29, 2008

Happy 6th Anniversary untuk abah dan ummi...








Selamat Ulangtahun ke-6 untuk abah dan ummi semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....

28 November 2008 merupakan ulangtahu ke-6 perkahwinan Noor dan Sham. Dah 6 tahun kahwin dan dikurniakn 3 orang cahayamata yang comel2 dan cute2. Abah dan ummi sambut ulang tahun ke-6 ini dengan bercuti satu hari ke Kundasang, Sabah. Kami jalan2 di Kinabalu Park dan Pekan Kundasang sambil menghirup udara gunung yang segar. Kami berehat seketika di Kinabalu Roser Cabin. Ingat nak bermalam tapi kami tak bawak pakaian persalinan. Cukup la sekadar bersiar-siar dan dan berdating berdua tanpa diganggu anak2 dan kesibukan kota. Suasana yang sejuk tidak menghalang kehangatan cinta abah dan ummi.

Macam biasa, kalau dah ke Kundasang ni tak sah kalau tak membeli sedikit sayur-sayuran untuk dibawa pulang. Malam, kami keluar makan bersama anak2 di Anjung Senja. Kemudian lepak2 di Taman Awam Teluk Likas yang baru dibuka. Seronok tengok anak2 berlari-lari keriangan sampai tak mau balik walaupun hari sudah menghampiri tengah malam....

Tuesday, November 25, 2008

Blog Ummi "Cikgu Noor At SEMI" sudah dilancarkan...

Akhirnya blog khas untuk Ummi sudah siap dan telah dilancarkan. Alamat blog tersebut ialah http://cikgunooratsemi.blogspot.com Sila klik gambar dibawah untuk besarkan imej. Semoga dengan adanya blog ini, anak2 murid ummi senang untuk berhubung dengan ummi dan meluahkan pendapat atau bertanyakan segala masalah tentang pelajaran dan


Friday, November 21, 2008

Abah busy la minggu nih...

Abah nak mintak maff dengan ummi dah anak-anak sebab abah busy sangat minggu nih... Cian ummi dan anak2 sebab asyik dok melepak kat rumah jer. Orang lain, bila cuti sekolah dapat pergi melancong atau g jalan2. Tapi ummi ngan anak2 dok kat rumah jer. Anak2 pulak nakal bukanmain. Pening ummi dibuatnya... Sabarlah sayang... Anak2 tu kan anugerah dari Allah... Tanpa anak2, siapa lah nak doakan kita di akhirat nanti.

Nanti bila dah selesai projek abah di UiTM nanti abah bawak g jalan-jalan. Dah lama kita tak g makan angin. Dulu setiap hari jumaat kita keluar setiap petang pergi pantai, pergi taman tak pun ronda2 saja dengan kereta. Sekarang ni nak ronda2 pun tak ada masalah sebab harga minyak dah turun. yang jadi masalah sekarang ni ialah hujan tak menentu. Itu yang membantutkan program yang di rancangkan. Nak buat camana.... Berserah pada Allah saja la sayang....

Luv U,
Abah.

Sunday, November 16, 2008

Lagak Irfan belajar menulis...










Amboii..khusyuknya baby ummi menulis. Sampai x sedar umi balik. apa yang irfan tulis tu? Seronok tgk. Tp irfan ni lain skit, dia kidal kot. Kakak n abang dia tulis pakai tgn kanan, tp dia len skit..kiri you. Tah apa-apa yang diconteng tu. Tp kira ok la. Irfan baru 1 thn 5 bulan. Sayang anak ummi. Dengan saiznya yg kecik klu nak compare ngan yang berdua tu, kiut sangaat. Semoga anak ummi bakal jadi orang yang terpelajar ya. Ingat ummi n abah tau.

WanTan Ho......!!!



















Wan Tan Ho - See Food... Kegemaran kami sekeluarga... Sedap... Kami selalu makan di satu gerai di Anjung Senja dekat Teluk Likas. Sebab siangnya abah tak dapat bawak anak2 dan waife keluar jalan2, abah bawak mereka g makan kat luar.... Seronok betul tengok mereka ni makan walau mulut mereka habis comot.... budak2 katakan...

Saturday, November 15, 2008

Selamat bercuti dan selamat menempuh peperiksaan SPM...

Semalam hari last ummi g sekolah untuk mengajar. Mengajar ker? Siapkan kerja-kerja dan report jer tu... Kalau di pantai timur semenanjung ramai yang dah balik kampung atau keluar g melancong sebab cuti dah bermula... Ada cikgu pergi sekolah sebab kena standby budak2 yang exam SPM takut ada masalah. Apapun, selamat berperiksa la untuk budak2 SPM terutama adir Cikgu Noor, Mohd Syafiq. Semoga berjaya....

Abah plak ada meeting dengan Pegawai IT UiTM Sabah pukul 10.00am. Ada taklimat pasal Computer Preventive Maintenance. Syarikat abah dapat SubCon servis komputer dari Edaran Komputer Sdn. Bhd. Alhamdulillah... ada la rezeki tuh... Sepatutnya petang abah balik releks2 ngan anak2 tapi abah kena siapkan jadual untuk servis komputer tu. Abah kerja sampai jam 5.30 petang jer.

Malam, abah ajak ummi dan anak2 makan diluar. Makan apa...?

Thursday, November 13, 2008

Argh.... Kerja...kerja.... Abah keletihan......

Siang kerja... malam pun kerja.... tengah malam...? Nak tido pun terganggu sebab anak2 tido lewat. Dah siangnya anak2 tido. Tapi kalau mereka bermain pun, malam tido lewat juga. Tak tahu la tenaga dari mana mereka dapat.

Nak balik kerja semalam, ummi SMS. Iman demam. Balik kerja, abah belikan ubat demam dan selsema. Sampai dirumah abah kasi ubat demam kat Iman. 15 minit dah rasa ok, Iman dah mula bangun bermain dengan Hani dan Irfan. Bising lagi....

Diner..? Abah makan nasi sikit jer. Abah nak kuruskan badan skit. Banyak makan sayuran dan buah-buahan.

Pukul 3 pagi, Ummi kejutkan abah. Iman nak makan ubat. Demam lagi katanya. Ummi tensen sebab tak boleh tido nyenyak. Imam asyik dok meragam. Irfan pun sama. Lepas abah bagi ubat demam, baru Iman boleh tido.

Abah..? Nak tido tapi fikiran masih memikirkan pasal kerja. Macamana nak tingkatkan prestasi dan keuntungan. Bagaimana nak arrange staff minggu depan sebab kerja servis komputer di UiTM akan dimulakan minggu depan. Abah nak pergi sendiri atau staff sahaja yang pergi. Abah dok opis jer ? Sempat ker habiskan servis 200 biji komputer dalam masa seminggu..? Argh....

Ummi...? Memahami masalah abah. Sentiasa memberikan galakan dan sokongan... Luv u sayang...

Err..... nak makan apa malan nih..? Lapor la...

Wednesday, November 12, 2008

Ummi dah lulus test....

Alhamdulillah.... Taniah dari abah...

Ummi dah lulus dengan jayanya test kereta ngan JPJ. Abah g ambik ummi tengahari, ummi nak nangis terharu sebab dia lulus test naik bukit, parking dan test jalan raya. Ummi takut tak lulus sebab orang yang sebelum Ummi tu ramai yang kantoi. Pastu Pegawai JPJ yang buat etst tu garang2 plak tuh. Sombong semacam plak. Cam bagus....

Seronok betul Ummi. Malam, abah rancang nak bawak Ummi dah anak2 keluar makan untuk meraikan Ummi. Tapi hujan lebat pulak. Takpe la... Abah masak untuk Ummi. Abah buat bihun goreng je lah. Bihun goreng special untuk Ummi...

Tuesday, November 11, 2008

Hani pandai melukis....? Iman punya...?

Ini lukisan Hani. Cantik tak?

Ini la lukisan anakku Nur Hani Maisara, 4 tahun 9 bulan. Dulu hani pandai lukis bulat-bulat jer. Habis dinding rumah dia lukis. Nak raya hari tu, ummi cat balik. Buruk sangat dah. Penuh ngan lukisan Hani. Abah lupa nak ambik gambar kat dinding tuh. Sekarang ni, ada lagi kat dinding tu. Ada lukisan baru. Dah dilarang jangan melukis kat dinding tapi masih juga dilukisnya.

Kekadang tu, habis buku ummi dia kena conteng ngan lukisan dia. Abah gelak jer. Abah tahu Hani ada bakat melukis. Daripada lukisan bulat2, pastu ada tangan, sampai la hani pandai lukis orang yang cukup sifat tapi tak sempurna. Janji apa yang dilukis tu jelas menunjukkan ekspresi dirinya. Bila ditanya siapa yang dilukis tu, dia cakap ini abah, ini ummi, ini adik.... Tapi kekadang tu nak marah gak sebab time nak tido pun dia masih dok sibuk cari pensil dan kertas nak melukis. Bila tiem dia dok melukis tu, tak boleh dikacau...

Abah doakan anak abah ni menjadi pelukis profesional suatu hari nanti. Jadi apa ya? Pereka fesyen? Pelukis kartun? Atau animator ker? InsyaAllah....

Iman punya lukisan. Apa tu ? Dia kata yang bawah sekali tu kereta abah.

Iman, 3th 5bln. Bila mereka tgk abah taruk lukisan yang Hani punya, Iman tanya mana lukisan dia. Abah suruh Iman lukis atas kertas nanti abah kasi taruk dekat internet. Bising-bising Iman sebab abah tak taruk yang dia punya. Lupa plak bahawasanya anak anak anak laki2 sorang lagi. Ish..ish...

Abah tanya, apa yang Iman luksi tu. Kereta abah. Lorrr... Ok la tuh... Hehehehe... pandainyer...

Sunday, November 9, 2008

Abah balik keja awal kul 5.00pm sebab ummi ada Annual Diner sekolah dia. Abah kena jaga anak2 sebab ummi pergi ngan kawan2 guru dia. Abah malas nak ikut sebab tak berapa ngam ngan cikgu2 laki sekolah tu. Semuanya poyo... Boring plak tuh...

Ummi turun lepas magrib. Abah layan channel ceria di Astro ngan anak2. Kami tgk rancangan Tom-Tom Bak, Ultraman, Digimon, dan sampai la malam tu kami layan rancangan sehati berdansa. Sambil tu abah goreng nugget ayam bersayur. Best gak... Ummi ada buat bubur kacang campur labu ngan durian. Anak2 makan banyak sekali... Habis licin..... Lepas tu masuk tido... Tapi bukan boleh tido ngan budak2 ni kalau ummi blom balik. Irfan dah nak tido. Mengantuk dah... Abah buat susu dia sampai 4 botol dia isap tapi blom nak tido2 lagi sebab tak dapat "neneng" ummi. Abah masukkan dia dalam buai. Baru dia nak tido, ummi sampai. Bangun semua balik.... Hmmmm....

Ummi dapat hadiah cabutan bertuah... Menda yang ummi tak nak tapi tu yang dia dapat... Abah gelak besar.... Tapi tak per la.. ok gak. Boleh buat raya nanti...

Hahaha... bekas container untuk panas dan sejuk... Kami dah ada 2 biji... Ni dapat satu lagi....

Friday, November 7, 2008

Kami makan KANGGAROO.... sedap...


Ini lah kanggaroo tu... sambil dok layan blog kawan-kawan, abah makan kanggaroo... sedap.... Anak-anak pun suka... Petang ni abah cuti... so dapat la lepak ngan anak2 dirumah...

Kena jaga Irfan. Ummi nak masak. Iman dan Hani dok keluar masuk rumah main ngan kawan2 sebelah rumah.

Kenangan Terindah - 5 years ago...

Ini la dia kenangan terindah yang tak dapat dilupakan oleh kami. Bila melihat gambar2 hari bahagia, semakin sayang rasanya kepada pasangan kita. Bila hati terasa terguris atau nak marak kepada ummi, abah akan tgk2 gambar kenangan di hari bahagia. Semua itu terjadi disebabkan kasih sayang antara abah dan ummi. Kalau tak ada kasih sayang, majlis itu tak akan berlangsung an gambar yang diambil pun tak cantik. Bila lihat keceriaan di wajah ummi, abah tahu ummi bahagia dengan abah. I love u sayang... Semoga kasih sayang kita berkekalan hingga akhir hayat.

Tuesday, November 4, 2008

Suprise...!!! Akhirnya hajat kami dikabulkan....


Surprise...!!!?

Petang semalam abah pergi ambik ummi di sekolah. Lepas tu kami nak ke Yayasam Sabaha unutk daftar sekolah TADIKA untuk anak kami Hani dan Iman di sana. On da way tu Ummi bagitau ada berita tergempar. Tapi dia senyum jer... Dia ambik satu sampul dari beg dia. Dalam hati ingat dapat duit ker..cek ker... rupa-rupanya kad jemputan kenduri kahwin. Ummi cakap Ustaz Hafizi yang kasi kat sekolah tadi...

Ustaz Hafizi :
Asal dari Terengganu. Mengajar di SMK Agama Inanam. Berumur 30 tahun. Datang ke Sabah dah masuk 3 tahun kalau tak silap. MAsa mula-mula sampai Sabah, dia sewa berdekatan dengan rumah kami. Pandai memasak dan mengemas rumah. Ummi pernah cuba nak satukan dia dengan kawan serumah ummi, Cik Wan Rosmawati masa belom kahwin dulu. Masa tu ummi tinggal di Indah Court, Likas. Tapi Ustaz ni jual mahal la konon. Umur Cik Wan sekarang ni pun dah masuk 30 rasanya. Kira tu sama tua la ngan Ustaz Hafizi ni. Cik Wan ni ustazah di SMK Agama Inanam.

Ustazah Wan Rosmawati :
Kawan ummi masa mula-mula mereka datang sabah. Cik Wan ni lulusan dari Universiti di Jordan. Mengajar di SMK Agama Inanam. Orangnya cam Arab. Mungkin dok Jordan lama dulu. Asal Terengganu juga. Tinggal bersama ummi dan Kak Ja di Indah Court, Likas masa mereka ni masih anak dara.

Ok... Berbalik kepada cerita abah dan ummi tadi... Lepas Ustaz Hafizi kasi kat jemputan tu ummi tak perasan apa-apa. Bila buka jer tgk nama Fizi dan Ros... Ala... Fizi nak nikah ngan sala la nih... Cam frust ler sebab hajat kami nak satukan dia nga Cik Wan nih tak tercapai... Sekali baca nama penuh pengantin perempuan tuh.. ummi menjerit.. Fizi....!!!! Ustaz Hafizi dah blah dah... Dia tersengih kat luar bilik guru....

Kami macam tak percaya plak.... Dulu nampak dia ngan Cik Wan tu sombong jer... Guru-guru kat sekolah dia pun tak tahu... So, semalam gempar seluruh sekolah ler... anak-anak murid mereka pun terkejut bercampur gembira.... Selama ni mereka pandai sembunyikan percintaan mereka.... Tapi kami sebelun tu pun cam perasan tapi tak yakin.... Ingat mereka cam rakan seguru dah sekolah biasa. Kawan kami, Kak Ja ( dah pindah balik ke Puterajaya) yang satu sekolah ngan mereka ni dah bagi hint sebelum dia balik semenanjung tapi kami tak perasan. Kak Ja kata ada suprise ujung tahun nih...

Apapun.. semoga mereka bahagia... Tahniah untuk Ustaz Hafizi dan Ustazah Wan Rosmawati...

Sunday, November 2, 2008

Blog adik - http://tebuboy.blogspot.com/

Dok ajar adik bongsu buat blog dia. Dia kat kampung di Pasir Mas. Dok kat kampung berniaga air tebu ngan kelapa. Orangnya baik dan suka bekerja. Dia la yang dok jaga mak dan rumah kat kampung tuh. Dia bujang lagi... Aweks-aweks yang berminat tuh, boleh ler masuk dan berkenalan ngan dia nih....

Saturday, November 1, 2008

Akuarium Dan Spegetti....?

Untuk tidak menghampakan anak-anak dan ummi, lepas Jumaat abah bawak mereka melawat Akuarium & Muzium Marin di UMS. 2/3 hari sebelum tu dah tak jadi sebab kami terlewat. Kali ni, tgk ikan tu puas-puas. Syok tgk ikan besar-besar dalam akuarium tuh. Macam-macam ikan laut ada. Ikan kerapu, ikan putih, ikan buntal dll. yang kelakarnya, seorang student tgk ikan kerapu tapi dia cakap anak ikan paus. Hahahaha....

Anak-anak seronok la dapat jalan-jalan. Lepas tu kami pergi makan di Mc-D di Jalan Sulaman. Seronok lagi anak-anak sebab dah lama mereka tak pergi Mc-D. Kalau dulu, tiap-tiap minggu kami ke Mc-D.



































Malam, ummi tanya nak makan apa? Hmmm.... Ummi kata tak larat nak masak. Tapi dia teringin nak makan spegetti sebab tak puas makan di Kenny Rogers semalam. Oklah... "Pok Jue...!!! Tugas anda untuk keluar beli daging cincang..." Abah nak masak speggeti special untuk ummi.... Sekali lepas masak tu, ummi makan sampai 2 pingan. Ni makan ko apo nih? Biasolah tuh... Orang mengidam memang cam nih... Apapun abah puas....

P/s : Kak Azza... Sham pun pandai masak tau... Jangan jeles...