Sunday, December 16, 2012

Cari kelapa muda di Salut.


Balik kerja semalam, pergi Salut jap. Cari kelapa muda untuk buat ubat. Sampai sana jap, hujan turun lebat betul.

Beli kelapa muda dua biji dan puding kelapa untuk anak2. Lepas tu tunggu hujan reda skit, terus jalan.

Singgah di CKS di Sulaman Central. Beli barang dapur skit.



Sent from Samsung tablet

Kayap tapak anjing


Dah seminggu abah sakit. Kena kayap tapak anjing di bawah rusuk kanan sampai perut. Nak baring dan buat kerja pon tak selesa. 

Abah minum air kelapa muda yg dibaca ayat 22, surah Al Baqarah. Alhamdulillah, nampak cam dan kurang sakitnya...



Sent from Samsung tablet

Tuesday, December 11, 2012

Kelebihan Berjanggut Pada Seorang Lelaki

Jika wanita mementingkan kecantikan dan keserian wajah, lelaki juga tidak terlepas daripada memikirkan perihal yang sama. Cuma menjadi perbezaan antara ‘kecantikan’ wanita dan lelaki adalah janggut. Janggut merupakan aset yang mampu menjadikan seorang lelaki itu kelihatan lebih ‘tulen’.

Terdapat pelbagai kelebihan dan kebaikan sekiranya seorang lelaki itu

memiliki dan memelihara janggutnya. Antara kelebihan berjanggut adalah :
· Menampakkan kelelakian
· Kelihatan lebih ‘macho’
· Lebih hensem dan berkarisma
· Nampak soleh
· Membezakan lelaki sejati dengan lelaki yang tidak berapa sejati
· Lebih diminati wanita
· Mempunyai manfaat kesihatan
· Mencontohi fizikal tokoh-tokoh pemimpin dahulu

Namun ianya bukanlah sesuatu yang penting dan perlu di ambil berat malahan seorang lelaki yang berjanggut itu tetap lebih baik kelihatan daripada lelaki yang tidak berjanggut. Utamakan niat anda untuk berjanggut semata-mata ingin mengamalkan sebahagian daripada sunnah yang ditinggalkan Baginda Rasulullah SAW. Bukan berjanggut kerana mengikut fesyen terkini atau sebagainya.

Antara kata-kata ataupun hadith Baginda Rasulullah SAW yang berkaitan janggut adalah seperti :
“Tipiskanlah misai kamu dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari)
“Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin dan peliharalah janggut kamu.” (Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai (kumis) mereka.” (Hadith Riwayat Muslim)

Hadith di atas menunjukkan bahawa bukan sahaja Baginda Rasulullah SAW menyuruh kita agar berjanggut, tetapi melarang kita dari menyerupai orang kafir iaitu dengan memelihara misai dan mencukur janggut mereka. Niatkan memelihara janggut kerana sunnah Rasullullh SAW nescaya anda akan melihat kelebihan dan merasai kebaikan berjanggut

KISAH LELAKI SOLEH DAN DAGING BAKAR

Suatu hari, seorang lelaki soleh lalu di hadapan penjual daging bakar. Lalu ia berhenti seketika, merenung dan menangis. Lalu si penjual daging bakar itu bertanya kepadanya, "Apakah yang membuatkan kamu menangis? Adakah kamu mahukan daging bakar ini?"

Jawab lelaki soleh itu, "Tidak. Tapi aku menangis kerana manusia. Haiwan seperti kambing ini dibakar dalam keadaan mati tapi manusia kelak akan dibakar di hari kiamat dalam keadaan hidup-hidup. Ya Allah, sesungguhnya jasad kami tidak mampu untuk menghadapi api nerakaMu, maka haramkanlah jasad kami daripada api neraka."