Friday, August 5, 2011

Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa

Tahun ni cam biasa la, kami sekeluarga berpuasa di perantauan dan beraya juga. Yang best ialah kami tambah sorang ahli keluarga. Bukan anak aku tapi anak sedara daaa.. Dia tinggal dengan aku. So, raya pun ngan aku la....

Tahun ni ajar anak perempuan aku yg sulung tu berpuasa. Hari pertama sampai hari ke-3 dia puasa. Hari ke-4 dan 5 tak puasa. Tak larat sangat katanya. Bibir dia pun kering sebab kurang minum air masak. Esok, insyaAllah aku nak dia sambung puasa balik.

Selamat Berpuasa

Salam Ramadhan semua..... Aku busy memanjang jer.... Nak hapdet blog aku pun cam tak sempat... Banyak hal yg perlu diuruskan.... Apapun, bulan ramadhan ni aku slow skit.... Banyak tumpukan kepada ibadah.. InsyaAllah....

Monday, July 25, 2011

Hani demam lagi...

Nur HAni demam lagi. Cian. Dari hari Khamis lepas dia cuti tak ke sekolah. Demam dan selsema. Semalam mulut dia dan pecah2. Malam tadi abah bawak g klinik jumpa doktor. Doktor bagi cuti 2 hari. Harapnya hari ni dan seterusnya Hani akan sembuh dan dapat ke sekolah semula.

Ummi pun ambik cuti hari ni sebab anak2 yang lain dah mula berair hidung. Lepak la semua di rumah. Abh boleh pergi kerja awal skit.

Wednesday, July 13, 2011

Famili man. . .

Apa maksud tu? Movie dia pon aku blom tgk. Tapi bagi aku la, aku ni jenis famili man sbb kehidupan aku seharian hanya lebih kepada famili. Aku pergi kerja lebih kurang 4 jam sehari. Banyak masa dihabiskan bersama anak2 dan masa dirumah.

Bina plak separuh masa dia di sekolah. Aku faham situasi dia sbg guru tingkatan 6, yang banyak hal dan jadual dia padat sampai ada kelas luar jadual.


Monday, July 4, 2011

Hujan di pagi hari.

Pagi, hujan turun lebat. Nak hantar anak ke sekolah. Kakak tak sekolah haro ni sbb sekolah dia cuti peristiwa sempena larian semalam.


Nak hantar Imam dan Irfan je hari ni. Ummi mereka abah dah hantar pepagi lagi.


Lepas mandi tadi, bagi mereka sarapan roti sapu jem dengan air milo. Tak sempat makan kat umah, makan dalam kereta jer. Tapi biasa la bebudak nih. Kalau masuk kereta, asyik nak bergaduh jer. Tensen tul. Berebut tempat duduk la, tak boleh duduk dekat la, nak duduk tepi tingkap la. . . . Memacam halllll. . . Sabar jerrrr.


Sent from Samsung tablet

Wednesday, June 22, 2011

Sambut birthday Iman dan Irfan

Kami satu famili keluar makan di anjung selera dekat teluk likas sambil sambut harijadi Iman dan Irfan.

Lepas balik kerja ptg semalam, aku pegi cari kek harijadi dulu. Balik umah, bersiap, dan kami semua keluar makn malam. Aku order sotong goreng celup tepung dan ikan kerapu sweet sour. Yang lain, order nasi putih biasa jer. Syok kami makan malam. . . Adik aku makan banyak. Syok tgk dia makan.

Sent from Samsung tablet

Sambut birthday Iman dan Irfan

Kami satu famili keluar makan di anjung selera dekat teluk likas sambil sambut harijadi Iman dan Irfan.

Lepas balik kerja ptg semalam, aku pegi cari kek harijadi dulu. Balik umah, bersiap, dan kami semua keluar makn malam. Aku order sotong goreng celup tepung dan ikan kerapu sweet sour. Yang lain, order nasi putih biasa jer. Syok kami makan malam. . . Adik aku makan banyak. Syok tgk dia makan.

Sent from Samsung tablet

Monday, June 20, 2011

Khasiat Roselle

1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.


2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai 'silent killer'. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.


3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.


4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.


5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.


6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

Sent from Samsung tablet

Tuesday, June 14, 2011

Layan anak2 belajar.. . .

Sekolah dah bermula, anak2 aku pun sibuk la membaca pada malamnya. Kami tak ikut sangat kerenah mereka nnak tengok astro. Aku bukan siaran yang mereka tak suka.

Sekarang aku dok layan bolasepak di astro, jadi mereka pin bukak buka la. Si Irfan belom pandai membaca, jadi dia tengok gambar je la. Bini aku yang dol layan dia melihat gambar dan mentafsir apa yang ada dalam gambar tersebut.

Kalau pergi Giant, tempat pertama mereka tuju ialah kotak buku2 cerita. Kami beli buku cerita pendek bergambar agar mereka senang memahami cerita yang dibaca.


Sent from Samsung tablet

Jom kita BERSIHkan negara kita daripada BE END. . . .

Sent from Samsung tablet

Tuesday, June 7, 2011

Layan anak-anak. . .

Hari ni wife ada kelas tambahan di sekolah. Jadi, aku jaga anak - anak di rumah dengan anak saudaraku. Mandikan si kecil, Huda awal2 supaya tak sibuk dengan kakak dan abang dia.


Pagi ni aku masak lempeng dam sup cendawan untuk sarapan. Mereka ni sukan makan lempeng dengan gula atau susu pekat sahaja.


Kalau abah meka ni jaga, semua bagus2 jer tapi bila ummi meka balik, mula la buat perangai. Nak jaga mereka ni senang jer. Aku bukak je citer katun di Astro. Habis citer. Semua dok melopong depan tv.


Sent from Samsung tablet

Sunday, June 5, 2011

Beriadah di taman tasik.. . .

Kami sekeluarga beriadah di taman tasik sebelah kompleks sukan likas.


Abah jogging 2 pusingan jer. Penat sbb lama tak berlari. Tak cukup stamina. Lepas tu layan anak2 main di taman permainan.


Banyak perlatan permainan dan kemudahan yang disediakan telah rosak dan tidak dibaiki. Bahaya untuk kanak2. Hairan juga, bagaimana pihak pengurusan tidak ambil tahu hal ini. Nak tunggu ada kemalangan baru nak bertindak?


Sent from Samsung tablet

Lepak tepi pantai Teluk Likas di hari minggu

Pagi ni kami sekeluarga pergi jogging di taman tasik sebelah Kompleks Sukan Likas. Ada Mega Carnival di perkarangan kompleks sukan.


Lepas penat jogging, beli makanan dan minuman dekat karnival. Lepas tu kami lepak sambil makan di taman awam teluk likas.

Sent from Samsung tablet

Thursday, June 2, 2011

My cute little girl, Huda.

Ni anak bongsu ku, Nur Huda. Baru dua tahun. Petah sungguh bercakap. Suka senyum sangat sangat. Rapat dengan sepupu dia, Abey yg dia panggil Acik (pakcik). Kalau aku mandi atau ummi dia mandi, mula la dia sibuk nak mandi. Kalau boleh, 10 kali sehari nak mandi. Sker main air dan dok berendam dalam baldi.

"ummi nak neneng, boleh tak?" Itu la ungkapan yang paling alu suka dengar. Walaupun baru 2 tahun, sebutan Huda dah jelas. Dia cakap sepatah sepatah.

Sayang bibie Huda. . . .

Sent from Samsung tablet

Giant jual santan segera berulat

Semalam aku pergi beli barang dapur d Giant dekat 1Borneo. Hari ni bila bina aku nak masak, bukak jer pek santan segera tuh, ada ulat 2/3 ekor dalam tuh. Bila ku tgk expired date pak santuh tu 19/6/2012. Lambat lagi tapi dah berulat.

Sent from Samsung tablet

Wednesday, June 1, 2011

Projek mengemas belakang rumah.

Ptg ahad lepas, kemaskan sampah dan kayu buruk belakang rumah. Bakar mana yg patut. Pastu nak tanam sayur bila ada kelapangan.

Sent from Samsung tablet

Tuesday, May 31, 2011

Abah demam.

Cian kat abah. Demam la plak. Tapi abah g kerja gak. Abah memang kuat kerja.

Ummi bawak anak2 jalan ngan keta. Abah g kerja dengan kereta kawan pg tadi. Ummi bawak anak2 jalan g mana tah. Tak bagi tau abah plak.

Sent from Samsung tablet

Monday, May 23, 2011

Arnab kami dah besar….

Arnab kami beranak lagi pada 7 Mei 2011 yg lepas. 6 ekor semuanya tapi mati seekor lepas satu minggu. Sekarang tinggal 5 ekor jer.

So cute…. Baru 2 minggu lebih tapi dah besar…. Cantik2 plak tuh…. Yg ni NOT FOR SALE…. Hehehehe… tunggu baka yg seterusnya kalau nak jual pun. Nak bela banyak2 nanti bleh buat bisness arnab plak…

22052011325 22052011324 22052011323 22052011322 22052011321 22052011320 22052011319 22052011318 22052011317 22052011316

Saturday, May 21, 2011

Mandi kolam dekat Sabah Water World…

Pada 19 Mac lepas ni. Bawak famili mandi kolam sambil riadah… Kawan ada buat birthday party untuk anak dia, Jadi kami masuk free jer. Dah lama tak menyelam nih… Anak2 seronok la dapat mandi kolam…

Thursday, May 19, 2011

Anak-anak dah ok…

Alhamdulillah… Hari ni anak-anak boleh pergi sekolah. Tapi Huda masih berhingus. Selsema belom hilang sepenuhnya.

Lepas hantar kak dan abang2 dia, aku singgah sarapan di restoran Keningau. Makan nasi lemak dengan nephew aku si Abey.

Harapnya tghari ni wife aku boleh balik awal la. Boleh aku masuk opis awal skit. Ada kerja yg nak dibereskan. Kalu ikutkan, memang kerja aku tak habis2…

Wednesday, May 18, 2011

Percutian Keluarga Pada 6-7/5/2001

Adik aku datang ke Sabah pada 5/5/2011 lepas. Jadi kami sekeluarga bercuti ke Kundasang dan Ranau. Bermalam di Rose Cabin, Kundasang satu malam. Tak sejuk sangat di sana sekarang. Kalau hujung tahun, mungkin sejuk sangat tu.

Blog famili aku pun dah lama tak update nih….

Mo update balik la. Aku sibuk ngan kerja dan selalu dok kat FB jer sampai blog ni aku tak terupdate…. Kali ni nak taruk gambar terbaru ler…

01052011143

06052011078

07052011167

Thursday, January 27, 2011