Sunday, May 31, 2009

Majlis cukur rambut Huda...

Ustaz Issraq sedang menyuapkan air zam-zam kepada Huda.

Majlis bermula jam 9.30am. Dihadiri oleh kawan-kawan terdekat. Ramai juga yang dah balik kampung. Mana yang tak balik tu, datang la rumah kami. Kami tempah nasi ayam dari restoran Keningau di Indah Permai. Tak payah nak sibuk2 dan sudah2 nak masak.

Majlis habis tengahari. Dalam pukul 2 petang, aku buka kedai. Pukul 5 petang, balik rumah sebab kawan aku Azwini nak hantar kereta bini dia kerumah. Nak mintak tinggak rumah aku sebab pagi esok mereka nak balik kampung di Kelantan.

Saturday, May 30, 2009

Huda 36 hari...

Huda dan masuk hari ke 36 hari nih. Dah makin tembam dah. Seronok peluk dia. Esok nak buat majlis cukur rambut Huda. Ingat nak buat hari ahad lepas tapi tak jadi sebab ada hal.

Gambar tu ambik masa Huda dok atas riba nenek dia. Siang selalu tido. Time dia bangun ler boleh ambik dia buka mata. Kalau tak, tutup mata, tido jer...

Budu oh budu...

Pegi Pasaraya Servey di KK Plaza. Beli barang dapur skit. Pastu cari budu. Mentu nak makan budu.

Kami pun dah lama tak makan budu. Maklumlah.. Bukan senang nak dapat budu di Sabah nih. Kalau ada pun harga dia 2 kali ganda berbanding di Kelantan.