Lahir bulan februari...
1. Berfikiran abstrak
2. Sukakan benda yang reality dan abstrak
3. Inteligent, bijak dan genius - dari kecil lagi dah menunjukkan kepandaian berfikir...
4. Berpesonality yang mudah berubah - suka bergaya setiap masa...
5. Mudah menawan orang lain - ramai orang sukakannya...
6. Agak pendiam - kat sekolah la...
7. Pemalu dan rendah diri - ni pun kat sekolah dia cam ni ler...
8. Jujur dan setia pada segalanya - hubungan kawan2...
9. Keras hati untuk mencapai matlamat - memang... kalau nak sesuatu, mesti mendapatkannya...
10. Tidak suka dikongkong - sekarang pun dah mangamuk bila tak benarkan keluar bermain dgn kawan2...
11. Mudah memberontak apabila dikongkong - sama ngan no.10
12. Suka kegiatan yg lasak - dah terbukti... perangai cam jantan... betis tu dah berparut sana-sini...
13. Emosinya mudah terluka dan sgt sensitif - bila ditegur abah dan ummi...
14. Mudah mempamirkan marahnya - bila kena marah ngan abah la...
15. Tidak suka benda yg remeh-temeh
16. Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya - mana ada...?
17. Sangat berani dan suka memberontak - ini betul... suka melawan cakap abah dan ummi...
18. Bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan utk merealisasikan impiannya
19. Pemerhatian yg tajam
20. Suka hiburan dan sukan - betul...
21. Suka benda yg bersifat seni - setiap hari suka melukis....
22. Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
23. Berkecenderungan pd benda yg tahyul
24. Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros
25. Belajar untuk mempamirkan emosi
Tuesday, June 30, 2009
Saturday, June 27, 2009
Huda dah 66 hari....
Huda dah masuk 66 hari.... berat dia dah 5.4kg dah. Lenguh lengan abah mendukungnya.
Ummi dia pun dah start mengajar. Pagi2 abah jaga Huda dengan Irfan. Huda paling suka abah mandikan dia. Senyap jer bile kena siram ngan air suam. Tapi kalau kena skir jar air sejuk, menjerit terus...
Biasanya kalau hari sekolah, pagi abah hantar Hani ngan Iman kesekolah dulu. Ummi pergi sekolah ngan kawan dia. Pok Jue (sepupu) jaga Huda sekejap kat rumah sementara abah balik. Pukul 11.00am, abah akan ambil Rina (staf) abah di kedai. Kemudian ambil Hani disekolah. Rina jaga hudan sekejap sementara menunggu Ummi Huda balik dari sekolah. Dapatlah abah lemas rumah dan masak skit bila Rina jaga Huda...

Wednesday, June 24, 2009
Tahniah...!!!!!
Tahniah kepada Ummi kerana dapat NAIK PANGKAT..... Naik pangkat dari ibu berqanak 3 kepada ibu beranak 4....
Apapun "kenaikan pangkat" tu, kami sekeluarga tumpang gembira dan ucapkan tahniah. Semoga sukses dah happy selalu...
p/s : tak nak naik pangkat lagi...? ibu beranak 5... hehehehe...
Apapun "kenaikan pangkat" tu, kami sekeluarga tumpang gembira dan ucapkan tahniah. Semoga sukses dah happy selalu...
p/s : tak nak naik pangkat lagi...? ibu beranak 5... hehehehe...
Saturday, June 20, 2009
Bunga raya - Kg. Gudong, Sabah.
Bunga ni pokok kat depan rumah kawan aku, Jerry di kampung Gudon. Ada gak bunga lain tapi semua nakpak dah layu jer. Aku tengok bunga nih ok jer. Terus snap ngan Nokia 5800 aku nih. Shot dari dekat. Kasi jelas dia punya kaler ngan tekstur dia tuh. Cantik....
Nak g ambik gambar bunga lain tapi kami nak cepat. Nak ke DBKK urus pasal lesen kedai komputer tu. Nak batalkan perkhidmatan internet. Mau tak nya dibatalkan? Kena bayar RM180 sebulan. Lepas tu kena bayar deposit RM5000 lagi tuh... giler la undang2 baru nih...

Wednesday, June 17, 2009
Huda...
Gambar terbaru huda... Makin tembam dan cute. Dah nak masuk 2 bulan nih. Semalam bawak Huda jalan ke KK. MAsalah Huda ni sebab tak mo isap susu botol. Susah la kalau nak tinggalkan dengan abah. Nanti ummi dia dah start mengajar minggu depan ni, habis la... Kalau tak mo isap susu botol, kelaparan la tuh...
Sunday, June 14, 2009
Hantar mentua di Kota Kinabalu International Airport (KKIA)
Pagi tadi hantar mentua bali kke kampung di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) pada pukul 8.00am. Flight mereka pukul 10.00am. Sempat lepak2 dan borak sambil tu aku sempat ambil beberapa keping gambar untuk Flickr aku.
Lepas ni tak tahu bali lagi la mentu aku nak datang nih. Tapi mungkin beberapa bulan lagi ank ajak mak aku datang dengan adik bongsu aku datang plak sebab hujung tahun ni tak tahu lagi kami balik kampung ke tidak.

Thursday, June 11, 2009
Irfan, Hani & Iman...
Kalau dok bagus-bagus cam ni la elok.... Ini tak. Selalu bergaduh. Budak-budak katakan. Banyak perkara yang dengki-mendengki kalau tak diajar dengan betul. Kalau mak bapak jenis garang, habis la anak-anak kena pelangkong.... Tapi aku tak ler... Takat cubit gitu jer.... Tu pun cubit sayang..... huhuhuhuuh...
Tuesday, June 9, 2009
Huda...
Semalam Huda dah bersunat di Klinik Dr. Sharifah dekat Putatan. Dia nangis kejap jer. Lepas tu bila diberi neneng, senyap la. Dah semakin berat dah. 2 minggu lepas dah 4.5 kg. Sekarang tak tahu dah berapa kilo. Mungkin dah masuk 5 kilo berat Huda...
My Father in law...
Jaafar @ Abd Ghani Bin Muhammad. First time dia datang Sabah. Aku dah amggap dia cam bapak aku sendiri. Kuat merokok gak. Tapi nak buat camana....? Dah ketagih....
Apapun dia tetap cam ayah aku gak. Semoga dia selalu sihat dan dirahmati Allah selalu.
Subscribe to:
Posts (Atom)