Saturday, September 27, 2008

Kereta buat hal la plak....

Biasa la tuh kalau pakai kereta. Kalau tak rosak tak sah. Kereta yang beru keluar kilang pun boleh rosak. Inikan pula kereta yang dok pakai hari2. Rasanya baru jer pergi buat " balancing ". Ni bila bawak 80km/j jer bergegar dah. Sekali bila pegi check, dia punya bearing rossak da. Kena ganti baru. Ni pantang ada duit. Ada je menda yang nak kena keluarkan duit nih. Hmmm....


Proses membuan bearing lama yang di berkarat dan sebati dengan besi pemegang disc break.

Ini ler dia bearing baru yang nak ditukar tuh. RM130 sebijik. Mahal giler menda nih... Ori punya la. Kalau yang tak ori, murah jer. Tak sampai seratus pun.


Ok, dah pun selesai. Boleh pasang tayar...

Wednesday, September 24, 2008

Baju raya untuk anak2


Bila raya, kanak2 la paling gembira sebab dapat duit raya. Dah dekat nak raya mereka juga paling gembira sebab seronok pergi beli baju raya dengan mak ayah. Anak2 abah dan umi pun tak lepaskan peluang ini. Semua dah pandai memilih baju raya mereka sendiri. Nak baju tu, nak baju ni.. Mereka ni lebih beruntung daripada abah dan umi sebab mereka dapat apa yang mereka nak. Abah dan umi dulu mak bapak orang susah. Dapat baju raya setahun sekali. Tu pun kongsi denga raya haji.

Abah kalau boleh, nak biarkan je anak2 abah pilih apa yang mereka suka sebab abah akan tumpang gembira. Anak2 gembira, abah pun senang hati. Abah tak nak anak2 jadi macam abah dulu. Tapi abah tgk gak apa yang anak2 nak. Kena kontrol gak jangan sampai permintaan tu melampau.

Tuesday, September 23, 2008

Happy Birthday To Ummi....

Hari jadi ummi yang ke 32 tahun. Selamat hari jadi semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dikurniakan cahaya mata yang comel2 dan sihat walafiat... "Cahaya mata"? Ehem...ehem....

Majlis sambutan harijadi ummi abah adakan di kedai selepas berbuka puasa. Sambut dengan staf2 abah jer. Ummi dapat hadiah yang paling bermakna dari abah tahun ni tapi hadiah tu kena tunggu 9 bulan lagi la baru dapat tgk....

Monday, September 22, 2008

Megat Nordin - Hati berkene....



Dikir popular kat kedai abah maso loni... Masa dok baiki laptop, sambil2 dok tunggu satup laptop tu sempat la abah masukkan lirik kat video lagu Megat Nordin nih... Bebudak kat kedai tu selalu dengar lagu ni tiap2 hari. Tak bosan pun....

Saturday, September 13, 2008

Cerita abah dan pensil...

Abah dan ummi datang dari keluarga yang miskin tapi bukanlah miskin sampai kami kena minta sedekah. Tapi kira masa abah kecik dulu tu, famili abah kira cukup makan je la. Boleh sekolah jugaklah.

Baha nak cerita ni pasal abah dan pensil. Waktu abah dirumah, sedang menunggu masa nak berbuka, Hani suka menunjukkan apa yang dia tulis dan lukis pada buka dan juga dinding rumah. Macam-macam dilukisnya. Abah ketawa saja melihat lukisannya yang kira ok jugalah bagi budak2 berumur 4 tahun nih. Kalau menulis pun, ok jugalah walaupun kekadan tah apa2 ayat yang dia tulis dan kekadang tu jugak, cam tulisan Rusia la plak. "Tebalik kuang" orang kelantan cakap. Hani ni tak lekang ngan pensil dia. Ari tu abah dah bawak balik sekotak pensil 2B. Sebelum ni pun dah berkotak pensil kaler yang abah belikan tapi hilang tak kemana diletak atau dibuangnya. Anak2 abah sekarang ni, bila nak sesuatu selalunya akan dapat terus atau tunggu 2/3 hari baru abah beli. Tapi abah dulu, sukar.

Teringat abah masa dulu, masa abah sekoah rendah. Suatu hari tu abah dok mengemas rumah, abah jumpa la pensil 2B kontot. Seronok abah masa tu sebab abah tak ada pensel. Nak mintak duit beli pensil baru takut mak tak bagi. Bukan tak nak mintak tapi selalunya bila mintak duit tu, susah sangat mak nak bagi. Nanti takut disalah gunakan plak.

So, abah gunalah pensel kontot yang abah jumpa tu. Walaupun kontot, abah suka menulis pakai pensel tu sebab tulisan jadi terang dan jelas. Sekali tu, masa abah dok menulis datang la cikgu. Dia tengok abah menulis pakai pensel kotot tu. Cikgu tu terus ambil dah buang pensel tu. Dia kata tak sesuai pakai pensel kontot tu. Dia suruh pakai pensel lain yang lebih panjang. Bertapa sedih abah masa tu. Dah la diketawakan oleh kawan2. Dalam hati, takper, takper. Abah takkan maafkan cikgu tu. Sampai hati dia buat abah cam tu. Sepatutnya dia tanya kenapa abah pakai pensel kontot. Takpun belikanlah abah pensel yg baru sebab abah tak ada duit nak beli pesel baru.

Apapun abah maafkan cikgu tu. Cikgu tu pun dah meninggal dunia 2/3 tahun lepas sebab kena kanser. Semoga Allah ampunkan dia.

Berita gembira ke tak gembira ni..?

Tak tahu nak cakap apa sebenarnya. Berita ni gembira ke tak gembira..? Pertamanya setelah tahu, pastinya ummi tak gembira. Bukan tak mahu tapi buat masa ni ummi kata blom sedia. Tapi Allah itu maha kaya dan maha mengetahui. Abah terima saja ketentuan daripadaNya.

Dah 2/3 hari tahu pasal ni tapi ni baru abah masukkan disini. Umi pun dah ok nampaknya. Kena terima kanyataan bahawasanya setiap perkara yang belaku itu ada hikmahnya. Walaupun kita kata tak nak lagi tapi Allah dah nak bagi kat kita, kita kena terima saja. Kena bersyukur kepadaNya sebab masih ramai orang yang nak tapi belom lagi dikurniakan olehNya.

Apa berita tu? Cuba teka?

Sunday, September 7, 2008

Ummi belajar kereta

Lepas ambik ummi di sekolah, kami ke Karamunsing. Abah nak beli beberapa CD/DVD software. Lepas tu kami ke Indah Permai. Singgah di Alam Mesra depan One Borneo sekejap. Ummi nak belajar kereta. Kat area sana tu tak busy dan kawasan dia luas. Roundabout dia pun besar. Ummi dok pusing raoundabout tu la 2/3 kali tawaf. Hahahaha... Lepas tu g belajar parking jap. Nak tgk ummi bawak kereta? Tu video dia kat bawah tu... Syabas kepada ummi kerena dah boleh drive... Tapi parking tu blom boleh lagi...


Saturday, September 6, 2008

Puasa dan kereta...

Alhamdulillah... hari ni dah 5 hari kita berpuasa dan abah blom miss lagi g bertarawih. Kalau rasa badan penat, abah buat kat rumah jer. 8 rakaat cukupla bagi si pemalas ini. Cuma kesihan kat ummi la sebab tak sempat nak buat tarawih lagi sebab sibuk ngan anak2. Kalau ummi n buat tarawaih, sapa nak jaga anak2? Kena anak2 semua tido baru ok. Anak2 pun bukan nak tido awal. MAsa waktu berbuka, anak2 pun sibuk gak nak makan. Puasa tak nak. Baru berusia 3/4 tahun anak ni. Mereka blom mengerti apa itu puasa. Tapi kalau raya, tahu jer. Semua gembira sebab dapat pakai paju baru dan pergi ziarah kawan2.

Ummi g belajar bawak kereta hari ni. Abah cuti sebenarnya. Selalunya kalau cuti2 gini abah bawak mereka g taman atau pantai. Dah bulan puasa ni, lepak kat rumah je la. Abah tunggu ummi belajar kereta di kedai. Sambil2 buat kerja. Kalau ada masa kelapangan, abah ajar ummi bawak kereta gak. Nak harapkan cikgu memandu ajar, tak cukup masa. Tapi ummi ok. Dia cepat belajar. Nanti lepas ni senang skit ummi nak g mana2. Abah tinggalkan kereta untuk dia jer. Tak pun, lepas ni ummi hantar abah g kerja lepas tu ummi g sekolah. Ok tak?

Monday, September 1, 2008

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Abah ingin mengambil peluang untuk mengucapkan selamat menyambut Ramadhan al Mubarak kepada Ummi dan anak2 serta PJ dan juga seluruh umat Islam di Malaysia. Marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan untuk memperbanyakkan amal ibadah dan bermunajat kepada Allah S.W.T.

Semoga Ramadhan ini memberi ruang buat kita untuk menyempurnakan ibadah puasa sehingga mencapai derajat taqwa. Tidak lupa untuk bermuhasabah agar kita memperbaiki hubungan sesama insan dan mendekatkan diri dengan Khaliq pencipta semesta.

Ikhtiar menjalani, untung menyudahi, manusia mengikhtiarkan, Allah mentakdirkan!

Irfan dah boleh jalan...



Irfan dah masuk umor 13 bulan. Baru boleh jalan tapi tak berapa kuat lagi. Selalu jatuh gak. Biasa la tuh. Kakadi, Hani dulu pun lambat gak boleh jalan. Iman dulu genap je 1 tahun, terus boleh jalan. Tak merangkak sangat.

31 Ogos, Picnic Merdeka...

Ingat nak g jalan jauh2 pada hari merdeka tapi disebabkan keta tak servis, kami rancang g picnic jer kat Tanjung Aru. Ingat rancangan nak g picnic tak jadi sebab dalam kul 2 ptg, hujan turun dengan lebat. Adush.... habis la rancangan kami. Lepak2 kat rumah jer. Dah la dari pagi sampai petang tak ada karan. SESB dok buat penyambungan kat pencawang berdekatan. Dalam kul 3.30ptg baru ada letrik.

Dalam kul 4.00ptg gitu abah tgk cuaca cerah. Horey... Boleh g pantai. Anak2 pun dah seronok. Abah masuk dapur, buat cekodok skit. PJ plak isi air mandian dalam botol. Umi kemaskan persalinan.

Kami sampai di pantai Tanjung Aru 3 dalam kul 5.15pm. Cam ramai gak orang. Tempat kami lepak selala dah ada orang booking. Buat famili day kot. So, kami cari la tempat lain yang sesuai. Pantai tenang. Ombak tak kuat sangat. Gitu2 jer. Nak mandi pun tak seronok. Tapi disebabkan nak mandi laut sangat, redah sajalah. Anak2 dok main pasir. Irfan la paling seronok dok main pasir.